Thursday, 6 September 2012

comeback...

Assalamualaikum...

Dah lama tak menulis ni. Kekok rasanya. Hehe. 6 bulan berlalu, hari ni bosan punya pasal rasa nak tengok blog, tiba-tiba terkejut still ada views. Eh, ada orang view lagi ke blog aku? terfikir sorang-sorang. Then, rasa nak menulis balik.

Banyak sangat aktiviti nowadays. Banyak sangat nak cerita as usual. Insyaallah, akan aku ceritakan sikit demi sikit aktiviti seharian sepanjang 6 bulan ni walaupun dah basi. hahaha. Terbaru, aku baru balik dari panjat gunung called Merdeka d'Raya di Chemerong-Berembun -Langsir.

 Ahad ni pulak ada Program Berjalan Kaki 10000 langkah, then end of this month join Larian Jambatan Sultan Mahmud. Bersukan sakan. haha. Best rupanya bila dah gila riadah and outdoor ni. Nanti i cite ye pengalaman baru nak jadi gila riadah. haha. see ya.. :)

Tuesday, 27 March 2012

Mati itu pasti.

Takut pulak bila nak berbicara soal mati ni. Banyak sangat dosa terbeban di bahu kiri, tak tertanggung rasanya. Tapi, setiap orang pasti merasai mati dan akan kembali kepada Pencipta kita, Allah s.w.t samada dalam keadaan husnil khatimah ataupun su'il khatimah. Semoga kita berada di dalam golongan yang pertama itu. Amin.

Jadi, di atas mewujudkan kesedaran tentang mati dan pengurusan kematian, selalu jugakla Bengkel Pengurusan Jenazah Mengikut Perspektif Islam dilaksanakan. Termasuk hari Sabtu baru-baru ni, dah 3 kali aku join bengkel ni. Belajar cara-cara memandikan, mengafankan, dan menguruskan jenazah. Teringat ceramah Ustaz Don Danial- "Anak-anak Asset Ke Syurga", teringin pulak aku nak mendalami hal ni, nak memandikan dan mengafankan ibu sendiri sekiranya aku panjang umur dari ibu aku.
Dan Sabtu, 24hb Mac 2012 bertempat di Masjid Kampung Kuala Ping, pejabat ni ada buat bengkel ni dan aku diheret jadi model jenazah, pengalaman pertama buat aku dimandikan, dikafankan. Aku rasa....hmm..ntahla..tak tau nak cakap apa, dalam hati Allah je yang tahu walupun duk gelak-gelak ngan orang kampung yang duk riba aku masa dimandikan, dikafankan.
 
Peringatan untuk diri sendiri : Ingatkan Tuhan, Takutkan Mati...insyaAllah selamat dunia akhirat.