Wednesday 25 January 2012

Aku ada kerana kau pun ada.

Hai semua? dah makan? kalau belum nak belanja ni. Tapi, dengan syarat la, kena baca entry I ni dulu. :P

Rindunya nak mengarut, nak cakap kosong, nak kongsi pandangan yang entah apa-apa. Haha. (gelak je kerja, macam kelakar, tak paham aku!)

Hari Isnin baru-baru ni aku gi Kerteh, kawan a.k.a housemate a.k.a coursemate aku time study dulu bertunang. Suka sangat tengok orang bertunang, kahwin, hobi aku tu kalau korang nak tau, sampai orang cop aku ni MUKA KENDURI. Hihi. Biarla, memang aku suka melihat kebahagiaan, tapi tak bermakna aku lupa pada penderitaan. Tu pun salah satu proses hidup.

Kawan aku ni nama Suriana. Dulu aku duk bertiga je kat rumah sewa. Aku, Sue dan Afi. Selalu la we all cakap-cakap pasal kahwin ni. Yang tak tahannya asyik aku yang kena, aku la yang dorang cakap tunang dulu, kahwin dulu, ada anak dulu, maklum la I ni kan potpet2, ramai kawan lelaki time tu. Haha.

Afi dan husbandnya.
Tup tupppppp......Afi yang paling pendiam kahwin dulu, kelassss kau Afi. Haha. Dia bertunang aku pergi, kahwin pun aku pergi, siap ugut aku lagi kalau tak pergi, tak tau la nak cakap apa. Bergegas aku beli tiket balik Terengganu (duk KL masa tu). Boleh tahan jugak budak ni ugut-ugut I, muka lembut tapi ganasss. Hehe.

Now, turn Sue puloks. Memang wajib la aku pergi, memang rasa tak best kalau tak attend, and Alhamdulillah, I was there untuk meraikan hari bahagia Sue. Dah selesai satu langkah, pasni ready untuk langkah kedua ye Sue. Happy for you, tak berhenti aku senyum tengok mung Sue, comel sangat, berseri sangat. :)


  
Pastu korang duk sibuk-sibuk tanya aku bila kan? Sepak nak? Haha. Bye.

Sunday 22 January 2012

and I go...

Aku ni kalau bercakap memang tak menang orang lain. Selagi aku rasa aku betul, selagi tu aku pertahankan pendapat / kata-kata / pandangan aku. Dan bila aku terbukti salah, aku mesti cari idea nak buat lawak bodoh nak cover salah aku, huhu. Memang buruk perangai. Tapi kalau orang yang kenal aku, memang dah masak dengan perangai aku yang satu ni. Aku memang keras kepala. Dah try nak lembutkan kepala ni, susah betul! Tapi ok apa keras kepala, tak payah nak pakai-pakai helmet lagi. :P
 Cuma....bila bab yang melibatkan perasaan, emosi, kasih sayang, aku kalah. Aku rela kalah. Rela mengalah. Walaupun hati aku sendiri terluka. Pedih sangat hati ni, rasa sejuk dada ni, beku. Kadang-kadang aku nak hati aku jadi sekeras kepala aku, tapi kenapa aku mudah lembut hati? Kenapa?

Aku betul-betul nak belajar cara-cara nak pentingkan diri sendiri, fight for what i want, struggle for what i need, strive for what i dream. Bila aku tengok kawan-kawan aku bersikap pentingkan diri dalam mempertahankan hubungan perasaan dorang, berani kata "tak boleh", berani kata "saya tak bagi", berani kata "jangan pergi" ,aku rasa teringin nak buat macam tu, sebab mereka berjaya dapatkan hubungan tu after trying their best. Tapi aku tak seberani itu.
 Sayang saja tak cukup, tapi keinginan untuk meneruskan rasa sayang tu paling penting. 
Aku redha.

Thursday 12 January 2012

maturity

Ehem ehem. Apa ni cakap pasal mached2 (matured) ni? Mached sangat ke awak ni? - tanya pembaca kepada saya yang comel.

What is maturity? What do you understand about maturity? Sesetengah pandai sebut saja. contohnya :

"mung ni dok mached lasung...macam budok-budok.."

"hey you, can you please talk like a matured person? ridiculous! bla bla bla"

"saya tak suka la ngan perangai awak yang tak matang ni, pakaian ntah apa-apa, cara bercakap, berjalan pun tak matured. malu i tau..potpetpotpet...."

Kalau ikut Sains, matang ni  ialah apabila lelaki atau perempuan itu sudah bertukar hormon dan menunjukkan tanda-tanda matang itu sendiri. Contoh, lelaki mula merembeskan hormon testosteron, mula tumbuh janggut, suara garau etc. 

Perempuan akan datang haid, dada dan pinggul membesar. Dan dari segi perkembangan otak, memang since baby lagi otak sentiasa berkembang macam dalam iklan susu Anmum Essentials yang magnet boleh tarik besi itewww. haha.  Itu tanda-tanda kematangan sistem tubuh.

Matang yang orang selalu sebut ni macam mana puloks ye? Cara berpakaian, bercakap, bergaloks, cara bergaul - boleh dikategorikan sebagai matang tak?

Dan macam mana nak jadi matang? Kena duk Kampung Matang, Kuala Berang ke? atau duk perMatang Pauh?
Susah nak cakap pasal matang-matang ni sebenarnya.

Okla, I malas la nak mengarut lagi. Matang di mata aku, aku tengok dari segi fikiran dia. Umur ke, perangai gila-gila ke, hoohaa2 ke, suka usik orang ke, selekeh ke, clumsy ke, cantik ke, cerdik ke, kurang cerdik ke, hensem ke, tak berapa nak hensem sangat ke - aku tak nilai kematangan orang dari segi itu. Aku tengok cara dia berfikir, cara dia mengekspresikan fikiran dia. Matang tak semestinya korang tak boleh nak enjoy hidup, nak kena jadi best every single minute, just be yourself. True, honest.

Macam aku la, aku ni gila-gila, ramai orang kata aku tak matang, tapi aku tak kesah pon, aku senyum je (sedekah). Yang penting dalam kepala aku, ada rancangan, ada visi, ada misi. Tak perlu nak kecoh-kecoh bagitahu the whole world about your planning, punya la bombastic fantastic, tapi hakikatnya macam tin kosong.


Rancang. Usaha+Laksana. Doa. Tawakkal. Redha.
Wassalam.

Wednesday 11 January 2012

Suka atau Tidak Suka.

Macam mana kite nak tahu yang kita sukakan seseorang? Apa tanda-tandanya? Dan kalau kita tahu kita sukakan seseorang itu, adakah kita betul-betul yakin kita suka? Ataupun sudah cukup suka sahaja tanpa memikirkan keyakinan yang ada pada diri kita terhadap rasa suka itu? (aku taip ikut sesedap jari je ni,best jugak menaip ni kan? jadi typist pon ok gak ni..)

Tanpa melengahkan masa, saya nak terus ke topik yang ingin saya kupas pada hari ini (macam bawang je nak kupas-kupas, takde perkataan lain ke nak guna, aku pun hairan gak kadang-kadang.) iaitu TIGER SKIN.
















Sedap gila wei Tiger Skin ni, roti ni ada tuna, ada cheese, ada salad. Baru pas makan. Nyum nyum.

Nak? beli sendiri. Bye.

Monday 9 January 2012

Sense of Humanity?

Sekarang ni kan musim hujan. Jadi kita sedia maklum banyak lopak air atas jalan, nak-nak jalan yang tak berapa nak rata and jalan yang tak balance tinggi kiri kanan (apa aku mengarut pun aku tak tau, tapi faham la kan?), jalan yang berlubang, jalan yang mendap and jalan yang bila kita lalu tu rasa macam naik kuda. Motif : nak bagitau ada lopak air a.k.a air bertakung bila hujan turun dengan lebatnya sebelum itu.

Eh, entry saya ni bukan nak mengadu pada JKR ni, jangan  salah faham. Saya nak cerita pasal sesetengah, diulangi SESETENGAH pemandu (bukan SETENGAH pemandu, kalau SETENGAH anda disarankan untuk lari laju-laju kalau terjumpa) yang bagi saya tak ada sense of humanity ataupun perikemanusiaan atau keprihatinan. Boleh agak tak apa yang saya cuba sampaikan ni?
Saya adalah penunggang motosikal, hari-hari "prehh muto" pergi kerja, kalau hujan terlalu lebat, baru saya naik kereta. Kereta tu tak kisah la kereta orang ke, kereta lembu ke, janji kereta. One day, masa tu baru lepas hujan, saya menunggang motosikal dengan berhemah untuk ke tempat kerja. Di hadapan saya ada sebuah lagi motosikal, sepasang suami isteri dan baby, mungkin nak ke Hospital Hulu Terengganu untuk check-up baby mengikut firasat saya. Tapi, saya taknak cerita prosedur check-up yang akan dijalani oleh baby itu. yang saya nak cerita ni kisah lain.

Kisah di mana sebuah kereta lalu dengan megahnya, meluncur laju merentasi lopak air dan memercikkan air kepada pasangan suami-isteri dan baby di atas motor tadi.
Kalau air bersih macam ni takpe la jugak.
 Basah lencun mereka. Basah muka baby mereka. Sedih saya tengok mereka. Geram betul saya pada pemandu itu. Menyampah. Eh, ko je ke ade kete???? Ko laju-laju nk gi mana?? Tak basah la kalo hujan pon...

Please think about others some times. This life is not all about you, it's about us. It will give you no harm pun if you perlahankan kereta bila nampak lopak air dan penunggang motosikal. In return, people will respect you sebenarnya.

Sekian, terima kasih.

Thursday 5 January 2012

Soalan Kebiasaan

Memandangkan umur aku dah 26tahun kalau ikut tahun, (walaupun baru je lagi sebenarnya cukup umur 25 tahun, benci tauu..), soalan-soalan yang boleh di agak memang hari-hari kedengaran, sampai kategori  aku malas nak jawab and senyum adalah jawapan terbaik bagi aku. Mesti korang dah boleh agak kan soalan apa...huhu...

Bila nak "kahwin, nikah, berdua, langsung" dan macam-macam lagi perkataan yang membawa erti yang sama, sudah lali aku dengar, dah tebal dah pun telinga aku ni sampai tahap kalau naik motor corner baring pon tak koyak punya la telinga aku terseret kena jalan tar.....................sebab ada helmet cover telinga,haha. 

Bukan aku tak nak kahwin, gilo ko tak nak kahwin?? Best kot kahwin, orang cakap la, tapi aku tengok memang macam bestt pon, tak sabar nak kahwin. hahaha.

Kalau nak layan soalan orang memang takkan pernah habis.



Yela, masa tadika tanya cita-cita nak jadi apa. Masuk tahun 6,dapat UPSR gempak, tanya nak gi sekolah mana. Masuk form 3, dapat result supergempak, tanya nak gi SBP mana, MRSM mana. Habis SPM, tanya nak apply course apa, kat mana, berapa semester. Masuk je IPTA/IPTS, tanya pointer berapa, grad bila, konvo bila.


Habis belajar, tanya dah kerja ke belum, kalau kerja, bagus. Tak kerja potpet-potpet bisik 'rugi je belajar tinggi-tinggi'. Lepas dapat kerja, tanya bila nak berdua. Bila dah berdua, tanya bila nak timang cahaya mata. Dah dapat sorang cahaya mata, tanya bila nak tambah.

Nasib baik tak tanya bila nak habis umur. Huhu. (berlapiknya ayat ini...haha).


So, saya senyum je la kalau orang tanya soalan cepucemas itewwwww.........Saya merancang, Allah menentukan. Sampai masa saya, insyaAllah saya jemput semua. (pinjam ayat artis jap)
Sekian, terima kasih.


Assalamualaikum.

Tuesday 3 January 2012

Penang Trip Day 1 -part 2-

 Balik dari Penang Hill, we all pun balik la hostel. Time Maghrib tu Ecah dah nampak lain sikit, suara pun dengar macam sebak je, huhu.

"Kakngah, bila kita nok balik? Adik rindu mak.."

Ok, mata aku pun dah macam nak berair, macam je. Hehe. Aku and Ilah pujuk la, esok balik lepas gi jalan-jalan bla bla bla. Lepas tu, aku call mak bagitau, si Ecah ni lagi la sedih, dah nangis dah pun, kesian pulak kat budak kecik ni, bukan aku paksa pun dia ikut, dia yang nak sangat follow, dah namanya budak-budak kan.

So, ajak la kuar makan nasi and next destination was Pesta Penang. Bapak ramai orang wei, dah nak sampai penghujung pesta macam ni la gayanya, nak berjalan pun langgar-langgar bahu, Ecah memang wajib kena dukung la, nasib baik la ada adik-adik lelaki ku ini tolong dukung. Tapi, si Ecah ni lebih suka ngan si Qery (yang tengah dukung tu), pandai ambil hati budak kot dia ni. hati kakak budok pom pandai jugoppp... Haha. Tapi, Amer pom pandai jugok. (statement ambik hati)
Nak hiburkan hati si kecil ni, aku ajak naik roller-coaster, tapi tak ada perasaan pun si Ecah ni, aku lak yang terhover excited jerit-jerit, haha. Ecah, ecah ~~mencabar sungguh ajak ko jalan jauh-jauh. Huff! 
Then, aku rasa teruja lak nak ambil gambar ngan phython, tapi sebab ramai orang, plus rimas, plus nak cepat = malas.
 
 Ilah and her gewe, Ame. Hihi...
 Dari Pesta Penang, terus shoot ke Shah Alam, pergi i-City dalam khayalan imaginasi dan yang sewaktu dengannya. Snap sini, snap situ, yang tak berubah adalah muka Ecah, masam je. Berubah terus personaliti dia, kalau kat umah tak dengar suara dia memang tak sah, potpet2 memanjang, kat sini aku boleh bilang berapa patah kuar dari mulut dia time keluar. Segan kot, kottt...
keluarga bahagia. haha.
 
 
Malas dah nak tempek gambar, tengok dalam facebook la ya, beratus pics ada. Tu tak masuk yang day 2 lagi tu. Pics belum copy lagi dari Yaya. Oklah, nak balik dah, hari ni tak banyak kerja, semua dah settle semalam.

Eh, lupa pulak saya uols, tadi kan I balik masak, tersedap la puloks, haha. Kenyang perut tadi, Alhamdulillah...syukur nikmat. :)


Bye semua!!

Penang Trip Day 1 -part 1-

Aku sampai Penang dalam kul6 pagi, 30hb Disember 2011. Keadaan masa sampai tu macam entry kat bawah sana la, berserabai si Ecah tu, baru bangun tidur, huhu. Adik aku datang pick up ngan boyfriend dia kat Terminal Sg. Nibong, gi breakfast then terus balik hostel USM. Sampai terus solat and tanpa melengahkan masa terus menikmati-kelembutan-tilam-Spring-Vono-15 inci-dalam-mimpi. Hiks.

Plan asal nak ke Bukit Bendera jam 10 pagi, tapi disebabkan oleh masalah jetlag (haha), plan ditunda ke jam 3 petang. Sempat lagi menggediks sementara tunggu boys datang.
So, apa lagi kan, jom naik train la. Tiket RM8 untuk MyKad holder (adult), 3-12 tahun lak RM4. Student fee pun ada, tapi bebudak 4 orang ni tak menggunakan student card dorang dengan sebaiknya, too bad. Haha. 

 
Sampai je sana, hujan rintik-rintik laut bergelora mak bagi sposen ayah bagi sposen pun turun, dah boleh bayang dah atas bukit nun mesti lebat punya la hujan.
Oh ya, ini dia 4 orang tourist guides-tak-berbayar aku kat Penang ni. Ame, Yaya, Jami and adik aku, Ilah. Eh, layan je la pics ni eh, malas nak letak caption. Apa yang pasti, happy la time ni, walaupun hujan lebat mula-mula sampai tu, we all tunggu gak sampai hujan berhenti.
Beli souvenir sket untuk orang kampung. :P
Time ni agak frust sebab dah tutup dah bird park ni. Intai je la dari luar. Saya ni birds lover tau (kunun).
Ok lah, nanti la sambung lagi eh untuk part-2. Nak balik masak dulu, my mom gi KL, so turn I jadi mak. Kejap aku, kejap saya, kejap I, ntah pape la ko minah! Bye.