Tuesday 27 March 2012

Mati itu pasti.

Takut pulak bila nak berbicara soal mati ni. Banyak sangat dosa terbeban di bahu kiri, tak tertanggung rasanya. Tapi, setiap orang pasti merasai mati dan akan kembali kepada Pencipta kita, Allah s.w.t samada dalam keadaan husnil khatimah ataupun su'il khatimah. Semoga kita berada di dalam golongan yang pertama itu. Amin.

Jadi, di atas mewujudkan kesedaran tentang mati dan pengurusan kematian, selalu jugakla Bengkel Pengurusan Jenazah Mengikut Perspektif Islam dilaksanakan. Termasuk hari Sabtu baru-baru ni, dah 3 kali aku join bengkel ni. Belajar cara-cara memandikan, mengafankan, dan menguruskan jenazah. Teringat ceramah Ustaz Don Danial- "Anak-anak Asset Ke Syurga", teringin pulak aku nak mendalami hal ni, nak memandikan dan mengafankan ibu sendiri sekiranya aku panjang umur dari ibu aku.
Dan Sabtu, 24hb Mac 2012 bertempat di Masjid Kampung Kuala Ping, pejabat ni ada buat bengkel ni dan aku diheret jadi model jenazah, pengalaman pertama buat aku dimandikan, dikafankan. Aku rasa....hmm..ntahla..tak tau nak cakap apa, dalam hati Allah je yang tahu walupun duk gelak-gelak ngan orang kampung yang duk riba aku masa dimandikan, dikafankan.
 
Peringatan untuk diri sendiri : Ingatkan Tuhan, Takutkan Mati...insyaAllah selamat dunia akhirat.

Wednesday 21 March 2012

my first nephew

Orang lain dah berderet ada anak saudara, aku baru nak kecoh-kecoh kan? hehe. Tapi, itu la, excited sangat aku ni bila dapat anak saudara. Huhu. Sebenarnya, due akak aku dalam 13-20hb April, aku tak berapa ingat, so, dalam sebulan lagi la kan, tapi tiba-tiba 15hb Mac dia kuar tanda-tanda nak bersalin, terus gi klinik, doktor cakap jalan dah terbuka 3cm, so, doktor suruh pergi ke hospital besar, HTAA Kuantan.
17hb Mac 2012, jam 0225, selamatlah akak aku melahirkan putera sulung dia dengan berat 2.56kg. Baby ni nak jugak lahir kat Kuantan, nak jadi orang Pahang, ikut ayah dia, huhu. Takpela, janji selamat, tak kira kat mana, tak kira jantina. :)
And aku yang kebetulan ada di Dungun masa tu, terus rushing ke Kuantan nak tengok my sis dan baby, tapi tak boleh jugak tengok baby sebab ada masalah sikit, ada gula dalam darah katanya. So, boleh tengok akak aku jela. Ahad petang aku balik Terengganu, mak aku still kat HTAA temankan akak aku. Petang tu akak aku dah boleh duk sekali ngan baby dia, my mom pun MMS pic baby.
 Muka dia macam atuk dia la..senyum ayah aku sampai telinga. Haha. Suka lettewwww....hihi...
Isnin malam dah boleh balik kampung, akak aku berpantang kat sini. Apalagi, hari-hari la aku duk tilik baby. Jatuh cinta terus. Huhu. Lagipun memang tak kekok bila main dengan baby, sebab aku dah start jaga budak since darjah 4, masa tu adik aku Ijah dilahirkan, then straight sampai si Ecah 4 tahun yang lepas. 

Setakat nak basuh berak, bagi susu (susu botol), tukar lampin, dodoikan, riba, pakaikan tali barut, semua kacang la bagi aku, cuma mengandung dan melahirkan je lagi aku tak rasa. Mesti best feeling tu kan. Hehe.

Ok lah, nak sambung buat kerja. Bye!

Wednesday 14 March 2012

peramah, keramahan, ramah-tamah

Peramah tu perlu, tapi tak perlu lah terlalu ramah sampai semua benda nak cerita. Yang dalam family, dalam selimut, bawah katil, simpanlah untuk diri sendiri, jangan buka pekung di dada, jangan buka aib keluarga, jangan merendah-rendahkan adik-beradik, jangan sebar kelemahan suami, jangan canang keburukan anak-anak.

Kalau betul-betul bermasalah sampai tak boleh, tak mampu, tak sanggup nak menyelesaikan, carilah orang yang betul-betul boleh diharap, boleh dipercayai, boleh mendengar untuk meminta pandangan, meminta pendapat dan meringankan beban di kepala.

Bukan bercerita kepada orang yang boleh bercerita kepada orang lain balik apa yang kita ceritakan, bukan bercerita kepada orang yang boleh menokok tambah cerita kita, bukan bercerita kepada orang yang menyebabkan masalah kita semakin bertambah.


Peramah biarlah berpada-pada.

Monday 12 March 2012

Jodoh

Hari bertukar minggu, minggu berganti bulan, OMG, dah almost 2 months my blog has not been updated! Woohoo...terkejut tengok last post, aku rasa macam baru je lagi aku update about my friend, Sue, bertunang. Sekejapnya masa meninggalkan kita.

Aku macam ni la, Alhamdulillah, getting better, both mentally and physically. Yang penting, senyum sokmooo..terapi tu.. :)

Sekarang musim cuti sekolah a.k.a nikah kahwin. My favourite. Hihi. InsyaAllah, sedaya upaya aku akan attend kenduri kawan-kawan yang menjemput, meraikan their big days dan mendoakan kebahagian korang dunia dan akhirat... :)

Aku selalu cuba nak membayangkan, macam mana pasangan boleh berbincang untuk menamatkan zaman bujang, how did dorang berbincang, macam mana permulaan perbincangan tu, nak end up dengan bertunang, then nikah...sweetnyaa.... (of course aku tak bayangkan yang macam dalam drama tu, melutut bagai. it's too romantic to be true for me..hehe) 

Bila jumpa kawan-kawan baik yang dah selamat, aku akan tanya soalan macam mana boleh bincang nak bertunang ni, macam mana bincang nak nikah ni. Hahaha. Excited. :P
Dan akhir kata, sebelum aku senyum sorang-sorang depan pc ni, semoga doa-doa kalian mengiringi aku juga. Ya Allah, ringankanlah jodohku... Amin....