Tuesday 30 October 2012

Imam / Bilal


Assalamualaikum...

Ramai orang mempertikaikan, kenapa yang susah sangat nak melantik Imam, Bilal sedangkan ramai yang dah bersara, meninggal dan tidak lagi sihat untuk menjalankan tugasan. Kadang-kadang naik pening kami di peringkat pengurusan Masjid nak menjawab, hehe.

Ada yang sampai 3 hingga 4 kali ditemuduga pun masih lagi gagal, namun calon dan panel temuduga tidak pernah berputus asa untuk ditemuduga dan menemuduga demi kemaslahatan ahli Qaryah yang memerlukan tenaga Imam dan Bilal di masjid-masjid seterusnya untuk agama Islam yang kita sanjungi itu sendiri.


Hari ni aku berpeluang melihat sendiri Temuduga Saringan Imam dan Bilal Masjid Mukim Daerah Hulu Terengganu yang dijalankan dia pejabat tempat aku bekerja dan akhirnya aku faham kenapa susah sangat nak mencari, melantik dan melatih Imam dan Bilal ni. Banyak soalan yang penting, yang wajib seorang Imam dan Bilal tahu, bukan setakat tahu membaca Al-Fatihah dan surah Lazim, tapi banyak lagi yang kebanyakannya gagal dijawab oleh calon-calon.


Contohnya, rukun Khutbah, rukun solat, syarat sah Khutbah, Perkara sunat ketika melaungkan azan, bacaan tahiyat akhir - yang mana rukun yang mana sunat, dan macam-macam lagi. 


Tapi, sebenarnya, permulaan temuduga itu sendiri pun dah ralat bila bacaan al-Fatihah pun sudah salah. Kalamullah sangat perlu dijaga bacaannya, kerana kalau tersalah baca, waima tersalah baris sekali pun dah boleh jadi lain maknanya. 

Sebab itulah, susah nak melantik Imam dan Bilal, di samping ingin menjaga kesucian solat, ayat al-Quran, kita juga menjaga Imam dan Bilal itu sendiri. Maksud saya, sanggupkan Imam dan Bilal menanggung dosa satu jemaah sekiranya solatnya tidak sah ketika mengimamkan solat?

Sangat besar tanggungjawab Imam dan Bilal, ianya bukan sekadar profesion untuk mendapat gaji bulanan. InsyaAllah calaon-calon yang benar-benar layak pada peringkat saringan ini akan ditemuduga kembali pada 6hb November ini di depan Dato' Mufti Negeri Terengganu. Selamat Maju Jaya. :)

Thursday 25 October 2012

Kepentingan Ilmu Dalam Berbicara

Ehem ehem..Assalamualaikum...

Selamat berpuasa sunat Arafah kepada yang berpuasa dan Selamat Hari Raya AidilAdha kepada semua muslimin muslimat yang diredhai Allah sekalian. Woahh, gaya macam nak bagi speech depan audiens. Hehe.

Emm...how to start ye..hehe. Actually, I'm writing this entry upon request, not because I'm good at this, but I've been given oppurtunity by her(my friend) to throw my opinion in my blog. Berbicara? Siapa-siapa pun boleh berbicara. Berbicara pon banyak medium kan, bukan semestinya kena gerakkan bibir yang seksi, mengeluarkan bunyi patah bicara, tapi juga melalui penulisan, body language dan macam-macam lagi.

Tapi....apa kaitan ilmu dengan berbicara? Pernah tak dengar orang kata "si polan bin si polan ni suka heret tin kosong, isi tak ada, tapi bunyi je lebih?" Ataupun "cakap pung pang pung pang, tapi tak ada pengajaran, tak ada faedah? aptb!"

Kadang-kadang aku suka bergaul dengan orang lebih tua, walaupun percakapan penuh ngan humor, (and sometimes luncas, hihi), tapi kalau diamati betul2, dengar betul2, banyak terselit ilmu, pengajaran, maknanya tak cakap kosong, ada jugak intipati yang boleh kita ambil dari percakapan tu. Nampak tak apa yang aku cuba sampaikan ni?


Pernah dengar "bodoh sombong"? Tau apa makna "bodoh sombong"? Sesetengah orang sangat suka berbicara, contoh terdekat diri aku sendiri, siapa-siapa yang kenal aku akan automatik kata aku ni talkative, tapi seboleh-bolehnya, kena elakkan diri dari jadi bodoh sombong which is, bila kita bercakap, nak best je, nak hebat je, macam semua benda kita tahu, and bila sampai satu part, kantoi, salah info, salah percakapan - ada la hamba Allah tegur dan perbetulkan : tak boleh nak terima and terus-terusan menegakkan benang yang basah. That's not good bebeh! :-)

Tak ada manusia yang sempurna, mungkin dia berilmu, berstatus PhD, tapi dalam bidangnya sahaja, tak semua benda seseorang akan tahu, di situlah hikmahnya di mana manusia diciptakan dan dikurniakan dengan pelbagai kepakaran - iaitu untuk saling melengkapi antara satu sama lain. Apa yang kau tak tahu, aku share. Apa yang aku tak tahu, kau share. Simbiosis. Jadi jangan jadi bodoh sombong.

Aku ambik contoh paling mudah.

How to pronounce CONNECTION. Kita biasa dengar orang sebut "koneksyen", so kita tegur, betulkan jadi "keneksyen". (ni sekadar contoh) So, bila orang tegur, mula la kata "eleh, macam la mung pandai sangat, mat saleh celup..." hihi, tu contos ok..contossss.. :)

Dan...sekarang ni dengan zaman internet serba canggih, Facebook, Twitter, Instagram, Blogger dan macam-macam lagi la juga manjadi medium perbicaraan/komunikasi untuk menyampaikan sesuatu terutamanya yang kita selalu tengok dan baca sekarang : DAKWAH.


Tak salah dan takkan pernah salah bila kita nak berdakwah, sebab setiap antara kita adalah dai'e, TAPI berdakwah lah dengan ilmu, berdakwahlah dengan dalil dan nas. Kenapa kena ada ilmu, kenapa kena ada dalil dan nas? Sebab setiap apa yang kita sampaikan, mesti akan ada persoalan, mesti ada yang nak bukti, mesti ada yang nak pertikai. Itulah manusia. Penuh dengan tanda tanya.

Jadi bila kita cuba nak sampaikan sesuatu, sertakan sekali dengan dalil. Dalil pulak bukan semestinya ayat al-Quran dan hadis, dalil sendiri terbahagi kepada dua, dalil Aqli dan dalil Naqli. Jadi gunakan kedua-duanya. Selepas tu, terpulanglah kepada audiens, pembaca itu sendiri untuk berfikir. 

Contohnya semalam aku ada terbaca di salah satu page menegur tentang wanita Free Hair, kenapa tak nak pakai tudung? Banyak sangat komen-komen yang aku baca, ada yang membina, ada yang mengamuk, ada yang menasihati, tak kurang juga yang mencela. Pendapat peribadi aku, kalau tak mampu menegur dengan lidah, tegurlah dengan hati, doakan yang terbaik buat mereka. Mencela, menjatuhkan hukum hanya menambahkan beban di bahu kiri kita sendiri, sedangkan mendoakan kebaikan ke atas seseorang tu memberi 1001 manfaat kepada kita sebagai contoh, malaikat akan mendoakan kita semula, ;)

Ilmu Allah maha luas, dan konteks entry aku ni jugak luas. Ilmu tak bermakna ilmu agama sahaja, tapi pelbagai ilmu, dan ingatlah, berbicaralah tentang sesuatu berasaskan ilmu, bukan sekadar bercakap atas angin.

Akhir kata...maafkan saya kalau ada tersalah kata, tersilap bicara. Ini hanya buah fikiran saya yang masih lagi terkapai-kapai mencari hala tuju kehidupan setelah hanyut pada suatu ketika dan sedang berusaha untuk menetapkan hati di jalan yang diredhai Allah. Wallahua'lam.

Wednesday 24 October 2012

jahatnya aku...


Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum.

Pernah tak bila nak tidur malam, takut nak pejamkan mata, takut bila bangun, dah  berada di alam lain? Pernah tak dalam keadaan meninggalkan solat, terfikir "jahatnya aku", "berdosanya aku", tapi still lagi tinggalkan solat? Pernah tak jalan-jalan, happy-happy dengan kawan-kawan ke sana ke sini, sampai tiba waktu solat, buat tak tahu, tunggu orang lain tanya dulu "eh, nak solat kat mana ni?".

Macammana pulak dengan perkataan? Ada kata-kata mengatakan :

"Jika hati kita bersih,maka bersih lah fikiran kita.
Jika fikiran kita bersih,maka bersih lah perkataan kita. 
Jika perkataan kita bersih (baik), maka bersih (baik) juga lah perbuatan kita. 
Hati, Fikiran, Perkataan dan Perbuatan kita mencerminkan hidup kita. "

Merenung balik diri sendiri, banyak sangat kesilapan, banyak sangat dosa, banyak sangat kelalaian. Kadang-kadang masih lagi duk ulang kesilapan yang sama, rapuhnya iman, rapuhnya jiwa. Kadang-kadang bila kita mula nak berubah, ramai yang duk tanya, nak kahwin ke? nak pergi Umrah/Haji ke? hihi... Kelakar jugak bila fikir-fikir, tapi tu sebenarnya dugaan / ujian pertama yang Allah bagi untuk kita dalam nak melaksanakan perubahan from bad to good, of course.

 Alhamdulillah, kita masih lagi diberi nikmat nyawa, nikmat kesihatan untuk hari-hari berniat dan berazam dan berusaha nak jadi lebih baik dari semalam. Langkah pertama, jaga solat. Semoga dipermudahkan. Amin...

Monday 22 October 2012

I Want You...

Assalamualaikum.

What people want in life? Spare the question to myself, I keep asking/thinking what do I want in my life. I found not one, but many things I really want to achieve, to grab, to do, to feel, to prove. But, no matter how great we planned, we must remember that ALLAH is the Greatest Planner. 

Usaha, doa dan tawakkal. 3 rahsia kejayaan. Kadang-kadang ada yang tanya, kenapa saya yang berdoa siang dan malam, berusaha sehabis daya, menyerahkan segala-galanya kepada Allah masih lagi tak berjaya? why, why and why? 

Allah telah mengaturkan segalanya kena pada tempatnya, ketikanya. Sabar itu indah. Percaya kepada ketentuan Allah itu juga indah. Jangan menyesakkan fikiran dengan pertanyaan-pertanyaan manusia, bila, bagaimana, kenapa...

Doa senjata mukmin, teruskan berdoa, insyaAllah apa yang kita perlukan dalam hidup ini akan dikurniakan oleh Allah. Jangan putus harapan. Banyak lagi ujian menanti, bukan senang nak menggapai impian. I, myself is not a good person, but I'm trying my best to be better compare to my past. So, jom berubah, jadi insan yang sentiasa berfikiran POSITIF. Buang semua negative vibes dalam minda dan hati. Dan paling penting :