Friday 30 December 2011

Steps in Penang

Oh, saya dah sampai Penang. Now ada kat bilik my sis kat USM. Dalam bas all the way to Penang semua orang ingat adik aku adalah anak aku, haha. Aku iye kan je la, dapat layanan istimewa sebab ibu muda bawa anak (yang tinggi paras pinggang si ibu) ke Penang untuk berjumpa suami yang bekerja mencari sesuap nasi untuk keluarga di sana. Haha.

anak tengah tunggu ayah pick-up
Hari ni nak ke Pesta Penang dulu then ronda-ronda kat mana-mana yang boleh dironda. Have a nice holiday everybody! Muahx.  ♥ ♥ ♥

Wednesday 28 December 2011

Kenapa tak ada gigi? Sebab suka gigit kayu.


Baru siap upload video Ecah, my youngest sister singing Kisah Hati by Alyah. Ni kira cover version la ni. Haha. Kelakar gila tengok ekspresi muka dia. Baru 3 tahun dah nak feeling diva. Semua lagu dia nak hafal. Buah hati pengarang jantung kami sekeluarga.


Esok nak ke Penang jumpa adikku si Dilah Salim.
Planning nak bawak si Safiyyah Aisyah ni, tapi tengok la dulu macam mana, lagipun aku naik bas, dah 4 bulan aku tak ke mana-mana, dah rasa gatal tapak kaki. Haha. Ahad aku ambik cuti sebab Terengganu tak cuti untuk new year, so, terpaksa la cuti, alang-alang nak bercuti biar la puas hati, hehe.


So, Dilah Salim, be prepared. I nak feel jadi 100% pelancong. Hiks.

Apa itu ambil berat?

Mengambil berat tentang seseorang, sesuatu perkara memang bagus. Itu menunjukkan kita seorang yang caring, baik hati, dan of course boleh jadi pendengar terbaik a.k.a kaunselor tak bertauliah. Setiap orang ada masalah. Mungkin masalah keluarga, masalah duit, masalah dengan boyfriend, masalah dengan posmen, masalah dengan Courts Mammoth, masalah dengan ayam itik or bermacam-macam lagi masalah yang boleh menjadikan hidup seseorang itu bermasalah.

Bila si A ada masalah then diluahkan kepada si B ( mungkin kerana dia percaya atau tak tahan lagi nak pendam ), maka si B yang menjadi tempat luahan perasaan tu memainkan peranan yang penting, mungkin menenangkan fikiran si A, mungkin juga memberi idea untuk menyelesaikan masalah si A atau memarahi si A kerana memeningkan kepala si B dengan masalah si A. (oppss!!!)

Dalam kes couple pulak, si BF and GF akan saling tanya-menanya, dah makan belum, dah ngantuk belum, ada duit ke tidak, dah mandi ke belum, dah baik demam ke belum, dah berak ke belum. Tu jugak contoh ambil berat.

Macam mana pulak dengan situasi ni :

Si A baru balik makan dari kedai dan balik semula ke pejabat. Di tempat parkir kereta, si A nampak si B sedang bercakap telefon a.k.a bergayut sambil tersenyum bahagia, bergelak ketawa, tersengih kambing.

Si A pun masuk ke dalam office and ternampak si C bercakap telefon a.k.a bergayut sambil tersenyum bahagia, bergelak ketawa, tersengih kambing.

Si A pun berjumpa si D dan berkata dengan nada 'mengambil berat' :

"si D, aku nampak si B dan si C bergayut telefon. Sorang kat luar, sorang kat dalam. Aku rasa tak sedap hati la, mesti ada affair dorang berdua ni. Aku bukan apa, aku ambil berat ni, bimbang dorang frust satu hari nanti kalau jadi apa-apa pastu nanti datang jumpa aku nangis-nangis..Aku bukan apa, ambil berat jeee.."

Si D mengangguk-anggukkan kepala dan menyampaikan kepada si E ----> si F ----> si G bla bla bla.

Wow, kagum betul aku dengan sikap mengambil berat masyarakat kita. :) 
Anda bagaimana pula? Kagum lettewww....Hiks.

**al fitnatul ashaddu minal qatl..

Tuesday 27 December 2011

women's talk

Sekarang ni macam-macam jenis brand tudung ada kat pasaran. Ariani, Humaira, Z&Z, C&C etc. Material lak pilih je, lycra, t-shirt, cotton dan macam-macam lagi la. Tak masuk bab awning dia lagi, mesti nak cari Thai Silk kalau boleh, baru nampak cantik. Tak masuk syria lagi. Pastu sekarang ni macam-macam corak ada, bunga ada, abstrak ada, pastu ada yang tambah bling-bling. Ah, macam-macam jenis la senang cakap.

Dulu....aku memang tak suka la tudung ekspress ni, rasa macam pelik je muka aku kalau sarung. Orang beli depan mata aku pun, aku buat dek je, setianya aku dengan tudung bawal sebab aku rasa aku cun sangat bila bertudung bawal. Sila muntah. Haha. Tapi, tu dulu laa...sekarang bila dah start kerja, dalam tempoh 4 bulan ni, dah berpuluh tudung ekspress ni aku beli. Sebabnyaaaa senang nak pakai, tak payah nak iron, tak bimbang tudung senget melainkan bila aku sengetkan kepala aku memangla tudung tu akan senget. 

One more, tiap-tiap malam aku akan serabutkan kepala otak adik-adik aku bertanyakan pasal baju kurung apa yang nak pakai ke office esoknya. Haha. Bukan salah aku pun aku tanya, kan senang kalau kerja ada uniform, tak payah nak fikir nak pakai baju apa, tak payah nak rasa boring pakai baju yang sama then kena ikut giliran oh-baju-ni-dah-pakai-minggu-lepas-so-takleh-pakai-lagi-untuk-bulan-ni.

Disebabkan masalah di atas, saya [kata ganti nama untuk AKU supaya kedengaran cun] terpaksa la memperbanyakkan baju kurung saya. Dalam sebulan, 3-4pasang saya beli kain and mintak mak jahitkan. Kadang-kadang mak malas, terpaksa upah kat tukang jahit, ugut-ugut tukang jahit nak pakai cepat nak buat gi kenduri kawen minggu depan la, apa la. Hahaha. Kejam sungguh.

Rumit sungguh hidup ni bila fikir pasal baju kurung dan tudung. Tak pasal-pasal tadi pergi ambil tudung yang saya tempah dengan kawan saya minggu lepas, dah siap.

Balik nanti confirm mak saya geleng kepala. Confirm.

Kenegerian

Lama dah ni aku nak cakap pasal ni. Tarik nafas dulu panjang-panjang ok.

Apa maksud aku tentang bersikap kenegerian ni sebenarnya?

ok, the point here is, kadang-kadang kita tak sedar yang kita telah bersikap kenegerian. Contoh :

"Eh, pakwe kau orang negeri XXX ke? ee, mak aku cakap orang lelaki negeri XXX  ni suka kongkong bini, suka pegang duit bini, bla bla bla..."

"Ayah takkan benarkan kau kahwin dengan orang negeri YYY tu, pantang betul ayah, tak ingat ke apa yang jadi kat makcik/kakak/atuk/nenek kau dulu tu?? apa yang orang negeri tu dah buat kat dia? dah lupa?"

"Aku nak cari orang negeri ZZZ la, dengar cite dorang ni romatikkkk...auww..."

"Aku dah cakap dah dulu, kau degil..memang orang pompuan negeri XYZ tu perangai *^*%*^% macam tuuuuu...menyesal sekarang dah tak guna lagi dahhh..."

Nampak tak apa yang aku cuba sampaikan? mesti korang biasa dengar kan? kan? kan? kalau tak biasa pon, sila buat-buat biasa, ambik ati aku ni sikit.. haha.

Jadi, apa kata kalau kita ubah sikit pemikiran kita ni. Kita belajar cakap yang baik-baik je. Jangan kerana nila setitik rosak susu sebelanga. Setiap negeri ada yang baik, ada yang buruk. Tu la dia warna-warni kehidupan. Tak semestinya kerana si A tu buat naya kat orang, si B will do the same. Kita pakat buka minda, buka hati. Jom cakap yang baik-baik ye kawan-kawan. Contoh :

"Awek-awek negeri Terengganu memang cun-cun belaka.."

Motif? hahaha...lariiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii..........

Monday 26 December 2011

oh angry birds!

Kadang-kadang aku pun pelik macam mana games boleh mempengaruhi kehidupan kita seharian. Zaman aku gila games dulu (dulu je..wekk,haha) , memang mengadap je keje aku,lepas satu level, nak up lagi satu level dan seterusnya sampai pengsan..haha..gilos., pastu kalau online mesti cari wallpaper, dalam sehari tukar desktop wallpaper berkali-kali dengan karakter dalam games tu.

Now, fenomena angry birds, takde la baru sangat, tapi masih hot di kalangan kanak-kanak, adik aku lettewwww...nyampah betul ai uols...huhu..mau tak menyampah, kenapa?? Sebabnyaa.....

Nak beli beg sekolah, tanya nak beg macam mana, jawab ANGRY BIRDS.
Nak beli pencil case, tanya nak yang macam mana, jawab ANGRY BIRDS!
Nak beli underwear, tanya nak gambar apa, jawab ANGRY BIRDS!! (hikhik)
Nak beli baju sekolah, tanya nak yang macam mana, jawab ANGRY BIRDS!!! ok, tipu. Takde baju sekolah angry birds. Kalau jawab macam tu, memang ko dapat ANGRY MAK and ANGRY SIS la jawabnya ye adik-adik. kahkahkah.



So, sebenarnya membebel panjang-panjang kat atas nun nak bagitau yang aku baru je beli T-Shirts Angry Birds untuk adik-adik 3 orang yang kecik-kecik lagi kat umah nunnn....huhu. Sekian, terima kasih.


ehem ehem

Ok, sesi menggatal buat blog. Haha. Before this, aku memang dah ada blog ponn, tapi saja nak create yang baru, sebabnyaaaaaaaaa ada letteww. Hihi.

For those yang kenal aku memang dah tahu la kan yang aku ni potpet2 nonstop, apa yang aku cakap aku pun tak tahu, kesian kat orang yang mendengar, terpaksa senyum paksa dengar aku buat lawak cerdik. Yang kenal aku through blog yang satu lagi tu, insyaAllah aku akan update jugak blog yang tu even sebulan sekali aku update, malas je memanjang lately. Huff!

So, back to business, WHY do I blog? 

Pertama - sebab aku suka membebel kalau tak ada apa-apa nak buat.
Kedua - sebab aku suka menaip sebab aku perasan aku menaip dengan sangatt laju (omaigod!)
Ketiga - nak hilangkan boring bila tak ada kerja or kerja dah siap or kerja taknak dirinya disiapkan.
Keempat - sajeeeeeee....tak boleh??? :P

Ni sesi testing conteng blog baru je ni, nanti la ye saya update lagi ya. (atau mungkinkah blog ni akan terkubur jugok akhirnye??) T_T