Wednesday 21 November 2012

INI ENTRY MARAH!


Assalamualaikum.

Hmm... aku tahu mengeluh tak baik, tapi hanya itu yang aku mampu buat masa kejadian ini berlaku. Susah jadi perempuan berumur 26 tahun bujang di Terengganu ni. Hari-hari dihadapkan dengan soalan yang sama. Macam-macam jawapan aku bagi, secara serius, lawak bodoh, sinis, angkat bahu (body language) atau paling mudah, buat tak tahu.

Tapi, semalam. Entah macam mana sentap hati ni bila seseorang menyekolahkan aku seperti aku ni jahil berbakul. Soalnya, kenapa tak kahwin-kahwin? Memilih ke? Apa nak jadi perempuan zaman sekarang, suka menidakkan perintah Allah, suka meminggirkan sunnah Rasulullah S.A.W. Umur sudah 26, masa bila lagi nak berdua, kemudian beranak pinak? Ataupun sengaja tidak mahu meramaikan khalifah di bumi Allah? Melahirkan pejuang bersama Imam Mahdi kelak.

Jawapan aku mudah sahaja. Bukan aku penentu jodoh.

Dijwabnya sinis : jodoh harus dicari, bukan dinanti. Perempuan tempatnya di sisi suami, bukan hidup sendiri.

Aku diam. Memberontak dalam hati. Mahu dilontar keluar, fikir dua kali. Orang tua di hadapanku ini. Orang berilmu dihadapku kini. Bimbang tak pandai mengolah kata, dikata pula kurang ajar akhirnya.

Diam lagi. Dalam hati monolog sendiri. Pakcik tahu ke saya tak mencari? Pakcik tahu ke apa di fikiran saya hari-hari? Pakcik ahli nujum eh?


Kadang-kadang, menyampah. Baik hayun langkah pergi, dari sakit hati, sebelum jadi Incredible Hulk nanti, dan pakcik tu akan kata : patutlah tak kahwin-kahwin lagi!!!! hihi.

Bye!

0 comments: