Thursday, 4 September 2014

What To Expect When I'm Expecting!

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam yang meniupkan satu roh ke dalam rahimku.


 It happened so fast, how to start ya. Emm, 6hb April sepatutnya aku datang bulan, sebab period aku memang teratur tiap-tiap bulan. Kalau lambat or cepat pun just sehari dua camtu. Nak dijadikan cerita, aku ni memang dari zaman kecik ada masalah penghadaman. 7hb April tu aku rasa macam nak marah orang sebab seminggu makan, makan, makan tapi tak buang-buang. Stress! hahaha.

So, aku pun pergi la klinik, nak mintak ubat sembelit, kesnya aku tengok anak saudara aku guna ubat tu senang nak membuang. Dapat je ubat tu, keluar dari klinik, tiba-tiba terlintas di kepala aku, aku ni makan-makan ubat ni, kang kalau pregnant macam mana? Bahaya tak untuk baby? Gila awal aku fikir pasal pregnant, tapi aku rasa, tu adalah petunjuk Allah bagi kat aku dalam bentuk mother instinct. Memang membuak-buak rasa gatal nak melintas jalan pergi Watsons beli pregnancy tester, sedangkan aku baru 3 minggu kahwin masa tu. Aku tak bagitau pun my husband aku nak beli tester sebab takut terover excited, dua-dua frust. Oh ye, weols ni weekend husband and wife lagi setakat hari ni sebab aku tak boleh tukar lagi ke Dungun.

Kebetulan masa tu, adik ipar aku pun macam syak dia pregnant anak kedua, aku pun belikan satu untuk dia. Balik tu terus check. Adik ipar aku naik clear 2 lines, aku punya pulak kabur. Adik-adik aku cakap confirm dah ni pregnant, walaupun kabur. Esoknya aku pergi beli lagi satu, brand lain. Pun sama, naik 2 lines tapi kabur.

Tak puas hati jugak, aku gi klinik swasta kat Kuala Berang ni untuk check. Pun kaburrrrr, dan doktor tu campak camtu je pregnancy tester tu dalam tong sampah, tak ada lagi katanya. huhu.

Aku still tak makan ubat sembelit tu, sebab aku yakin aku pregnant. Mungkin kabur sebab awal sangat lagi. So, aku tunggu seminggu lagi. One day, aku temankan kawan aku gi Klinik Kesihatan Kuala Berang, dia nak check up pregnancy, tiba-tiba TING!!!! aku dapat idea, why not aku check lagi sekali, hahahaha. Terus daftar, ambil nombor, test urin, tunggu result, dan Alhamdulillah, Allah je tahu perasaan aku masa tu bila kat result slip tu tulis POSITIVE. Tiba-tiba aku rasa nak gi serang klinik yang buang tester aku dalam tong sampah tu. Hahaha. And that day was a happy smiling day untuk aku, and of course suami aku bila aku hantar gambar slip tu through whatsapp. 

That was how I knew I am expecting, biar la orang nak cakap awal sangat ke pregnant, tak sempat nak bulan madu ke apa ke, I just don't care. Sebab aku dah 28 tahun, dan tak pernah terlintas langsung dalam fikiran aku nak merancang ke apa. Lagipun, manusia...manakan pernah puas hati, awal pregnant dipertikai, lambat apatah lagi. Bersabarlah wahai hati-hati yang sering dipertikai, percayalah pada janji Allah s.w.t.

Alahan ke tak, apa aku makan untuk development baby, nanti aku cerita lain kali. Till then, Assalamualaikum. :)

3 comments:

Red Linda said...

mmg pun, awal ke lambat ke org dok kata...xper, yang penting dayah sentiasa jaga kesihatan. semoga semua urusan berjalan lancar:-)

Unknown said...

seronok bce cerita akak..doakn sy ade bby jgk:)

Unknown said...

Mmg best bila tau pregnant kan.. Tahniah dayah.. Nti lagi best bila saat melahirkan baby. Tungguuuu.. Hihi