Monday 8 September 2014

Alahan, Pantang Makan, Masalah Kesihatan

Minggu ni masuk 26 minggu aku mengandung, dah tak lama nak masuk 3rd trimester. Terpulang pada gynae ya macam mana tentukan trimester ni, ada kata between 25-27 minggu, macam kes aku masuk 28 minggu dikira masuk trimester ketiga. This is also the point where a preterm birth chance of survival goes to 90%! So, sedikit sebanyak memang aku dah terfikirkan pasal beranak ni. tak sabar, takut, excited, berdebar semua bercampur baur. 


ALAHAN
Ok, berbalik kepada tajuk, alahan mengandung. Dalam entry lepas aku cerita kan aku tahu awal aku pregnant, so aku tunggu la bila nak muntah ni, sebab kebanyakan kawan-kawan, makcik-makcik yang cerita pengalaman semasa mengandung, tahu je mengandung automatik datang alahan, tak kiralah tahu awal or lambat. Aku macam excited nak rasa macam mana rasanya alahan masa mengandung ni, dan nak tahu teruk mana alahan aku.

Tapi, Alhamdulillah, aku memang tak alahan langsung, aktif ke sana ke sini. Cuma satu je, aku tak boleh jadi co-driver. Jadi driver tak apa. Duduk je sebelah jadi pening, so, aku pun tidur, penyelesaian terbaik, hahaha. Haa, satu lagi memang aku kuat tidur masa 1st trimester, pantang letak kepala, mesti tidur 2,3 jam tak kira masa. Yang ni almost expecting mothers alami kan, due to hormone changes.
Loya-loya, muntah-muntah harian memang tak ada (kecuali ada sekali tu jadi co-driver, tak tahan sangat pening then termuntah). Makan macam biasa, tak pernah lagi makan then keluar balik. Semua benda aku telan kecuali sayur lemak jambu golok plus sotong yang memang tengah 'in' masa aku mengandung 1st trimester, sebab aku rasa bau dia aku tak boleh terima. Sebelum kahwin pun memang aku tak pernah tengok sayur tu, and mak aku pun tak pernah masak, hihi.


PANTANG MAKAN
Pantang makan memang tak, sebab aku ikut mak aku punya prinsip, makan la apa sahaja time mengandung ni, asalkan tak berlebihan. Orang larang minum air tebu, aku minum. Nanas ke, apa ke, memang tak ada istilah pantang. Cuma satu je aku tahan sikit nafsu aku, tapai pulut. Tu pun aku cubit gak sikit nak rasa masa tirmester pertama. Tapi time raya haritu memang hari-hari aku makan tapai, one of my favourite dessert. Buah, sayur, nasi, roti, bijirin semua selamat masuk dalam perut. Berat pun naik dengan jayanya. hiks.


MASALAH KESIHATAN
Aku start buat buku pink masa masuk 10 minggu. Aku dapat pelekat colour Hijau. Satu sebab aku mengandung kali pertama (Primigravida), so dikira sebagai faktor risiko gak. Kedua, ada protein dalam air kencing atau senang cakap air kencing kotor. Aku memang tak suka minum air masak/putih. Dalam seharikalau tak minum air masak pun tak apa. Tapi tak bermakna aku suka minum air manis. Senang cerita macam ni la, aku boleh je makan nasik, lepas tu tak minum air. Tu salah satu sebab kenapa aku ada masalah penghadaman kot.
Jubah semua mak yang jahit, kesian kat anak dia tak muat dah baju kurung, hihi.
 So, demi baby tercinta, aku paksa diri aku minum air masak setiap hari walaupun tak cukup 8 gelas. 3 gelas ke, 4 gelas ke, tak apa, janji aku minum. Ada jugak hari yang melampau-lampau minum, sampai 2 botol mineral besar, so, ulang alik la ke tandas. Alhamdulillah check up seterusnya terus tak ada masalah sampai hari ni.

28/8/2014, aku kena minum air gula, yela, aku kan dah 28 tahun, so wajib minum air gula. Last checkup Rabu lepas, result air gula dah keluar and aku normal, tak ada tanda kencing manis masa mengandung. Cuma sekarang ni aku selera makan berlebihan, aku memang nak kena kontrol pemakanan aku, taknak naik melebihi 2 kg sebulan, inShaaAllah. So far, sepanjang 26 minggu pregnant, berat aku naik 6 kg. Berat asal 47 kg, now 53 kg.

Yang aku perasan sekarang ni bangun tidur, tapak kaki sakit sikit, mungkin sebab pertambahan berat badan, aku memang tak pernah naik badan melebihi 47 kg. Berat normal aku zaman sebelum kahwin memang antara 45-47kg sahaja. So, pagi-pagi memang lambat sikit pergerakan aku.


 Baby sangat aktif bergerak sekarang ni, Khamis hari tu pergi scan 4D di Klinik An-Nur Wakaf Tapai, nak tengok development, Alhamdulillah everything is okay, Allah saja yang tahu macam mana perasaan bila tengok jari-jari dia, mata, hidung , telinga. Jantina dah jatuh nombor keberapa dalam niat aku masa nak scan. Sebab bagi aku, lelaki ke perempuan ke, it doesn't matter, janji anak sihat dan selamat. Plus, kita bukan hidup di zaman jahiliah, tak perlu nak beza-beza jantina ya kawang-kawang. Hihi. Wallahua'lam. :)

p/s : pasal pantang2 makan apa semua tu korang jangan kata aku ajar ye, depends atas korang, aku ikut mak aku. Yours might differ.

0 comments: