Tuesday, 17 November 2015

PARUT HILANG, KULIT TAK KUSAM

Assalamualaikum semua.

Hari ni nak share pasal satu produk ni. SeqyBeauty. Memang aku sangat-sangat puas hati pakai. Mula-mula terhasilnya brand ni, ada BB Cream je, boleh dikatakan aku antara yang terawal jadi agent SeqyBeauty ni. Sebab apa jadi agent? sebab bila aku pakai BB Cream tu aku rasa best sangat2, tak tau la nak cakap macam mana. Duk tengah panas pun muka tak berminyak weh.
BB Cream sahaja
Sebab dia waterbased. Nak solat, ambik wudhu' tu tak payah nak cleanser2, basuh camtu je, memang la mesra wudhu' sangat. Dulu aku pakai bedak baby je, tapi yela dah tua baru ada kesedaran yang bedak baby tak ada UV protection. So, BB ni memang membantu aku la, ada SPF30.

Nak tau apa lagi best??? Sebotol RM55 tahan up to 3 months wehhh...gila berbaloi2. Aku pakai sekali shari je, gi kerja pagi tu. Memang jimat. Sekali picit dah boleh cover satu muka. Ada 3 code warna. Aku suka pakai brown.




Tak lama pastu keluar Cleanser. Apa lagi agent mesti la nak try kan. Sebab aku ni memang payah nak jual barang yang aku tak cuba dulu. Susah nak explained jap lagi. Alhamdulillah sesuai cleanser ngan aku. Berganda-ganda kegembiraan. Dah la tahan hampir 3 bulan, RM45 je pulak tu.



Now, dah ada skincare set. Ada cleanser, toner. serum , day&night cream.


Adik kat opis ni dah 4x repeat order BB Cream code 2. Tak best kalau tak pakai katanya.
Memang aku excited nak try, sebab sepanjang hidup ni tak pernah try skincare satu set gini. Hasilnya Alhamdulillah sangat, whitehead blackhead kat hidung licinnnnn. Yang paling suka, parut atas dahi pudarrrr. Tengok sendiri la perbezaan sebelum dan selepas ni. Suka sangat kulit tak kusam. Tu naked-face ye. BB Cream pun tak pakai. After 2 bulan berSkincare, tapi aku banyak jugak ngelat sebulan akhir tu (memang dasar pemalas tapi nak cantik), hehe.. Apa? Lambat effect? Aku suka sebab SELAMAT. Dia baiki kulit pelan-pelan. Tapi depends atas penerimaan kulit gak. Ada sorang customer aku dia pakai tak sampai sebulan, pori-pori dia mengecil, kulit smoothhhh...suka sangat tengok. Produk ni tak ada penggelupasan ye, 100% plant extract. Tak apa effect bukan 3 hari pun, yang penting selamat untuk jangka masa panjang.





Nak tanya or nak order, mesej or whatsapp je kat 013-9088705. 

Wednesday, 11 November 2015

AKU PENDOSA INGIN KE SYURGA.

Assalamualaikum w.b.t.

Semoga kita semua sentiasa berada di dalam rahmat Allah s.w.t.

Ramai yang tanya aku kenapa & bagaimana aku start berubah. Meh nak share sikit. Aku ni memang suka berkawan, boleh dikatakan dari segenap lapisan masyarakat. Ada yang aku kenal dari sekolah, ada zaman kolej, ada zaman kerja di KL, kerja di sekolah, kerja kedai makan, kenal tepi jalan, kenal atas gunung, dalam hutan, kawan lepak, kawan berjoli sakan, kawan susah senang dsb. Hidup aku pun banyak jugak fasa perubahan , jadi kawan-kawan aku di setiap fasa kehidupan aku sedia maklum pasal ni.
.
Dari didikan yang baik oleh kedua ibu bapa, sambung lagi sekolah agama oleh guru-guru, lepas tu pilih jalan tak baik, terhantuk kemudian datang kesedaran balik ke ke jalan yang lurus, patah balik ke jalan jahiliah, now bertatih nak perbaiki kehidupan - semoga kepulangan kali ni kekal hingga ke akhir hayat, Aamiin. Semoga hijrah ni perlahan-lahan ubah jugak cara hidup aku, semoga solat tepat pada waktu, rajin buat ibadah dan segala yang baik akan cepat mendekat. Allhumma Aamiin.
.
Kenapa aku nekad nak berubah kali ni? Sebab MALU. Malu dengan Allah. Allah…Kalau aku ingat balik dosa-dosa lalu, malu aku nak mengadap Allah pada hari ni.  Dengan banyak-banyak nikmat yang Allah bagi kat aku, susah sangat aku ni nak turuti perintah Dia. Nak keluarga, Allah kurniakan mak ayah yang baik, adik beradik yang ramai, happy go lucky, gaduh adik beradik tu biasala kan, tapi tu la yang best bila adik beradik ramai. Nak kerja, Allah bagi kerja. Nak kahwin, Allah bagi pasangan yang aku suka, bagi pulak pakej keluarga mertua yang baik. Nak anak, tanpa perlu tunggu, bunting pelamin Allah bagi. Nikmat Allah yang mana lagi aku nak dustakan? Tapi, degil jugak…
.
Lepas tu, MALU lagi. Kerja pejabat agama, tapi tak menzahirkan keperibadian yang baik. Tak ada apa kot yang boleh orang tengok aku untuk dijadikan ikutan. Datang adik-adik praktikal berpakaian cantik longgar menutupi susuk tubuh, labuh tudung menutupi dada dan belakang, berstokin, berstongan, manis.  Langsung tak pandang aku dengan pandangan yang jelik. Rapat dengan aku, bergurau senda. Malu datang sendiri. Halus perasaan tu. Kadang-kadang bila duduk sendiri, bergenang air mata. Ingat kat ayah. Kesian ayah aku atas dosa-dosa aku yang lalu. Sekarang kesian kat suami. Tapi yang paling utama, kena ade kesian kat diri sendiri. Kalau kita gagal sayang diri kita sendiri, kita sebenarnya gagal sayang orang lain. Benda ni datang sikit-sikit actually, tapi rasa hanya tinggal rasa, sebab takut nak tinggalkan kebiasaan.
.
Lepas tu tengok pulak kakak dan adik kat rumah, bertambah baik pemakaian, takkan aku still nak duk takuk ni, muhasabah diri. Malu kat kakak sikit, malu kat adik banyak. Isn’t it nice when people try to change themselves from bad to good, from good to better after seeing our goodness? Dakwah jugak tu kan? Sometimes, without uttering any words, the message delivered directly to one's heart. Thanks pada adik beradikku. Moga Allah balas kebaikan kalian menyedarkan aku dalam diam.
.
And here is the kickstart... Pada suatu hari, aku pergi satu pasaraya ni, pergi sorang. Saja pusing-pusing tengok kot ada barang nak beli, baju anak ke, apa-apa jela. Tiba-tiba, nampak stokin. Ada warna hitam, dark brown & warna kulit. Lama aku berdiri kat situ. Macam kena pukau pun ada. Duk belek-belek. Macam nak beli. Tapiiii…berperang dengan perasaan. Syaitan ni memang la, duk jampi serapah kat telinga. Tapi Allah jentik tu semua jauh-jauh, terus ambik sepasang, warna hitam. Balik rumah, try sarung, tengok cermin. Rasa kelakar. Tak cantik langsung. Aduh. Ni bukan syaitan dah, nafsu ni.
.
Esok pakai lagi depan cermin. Tak kuat lagi nak pakai. Last-last simpan dalam laci. 10 Zulhijjah 1436, Hari Raya Aidiladha, terdetik di hati nak sarung lagi. Bukak laci, sarung, tengok cermin sekali, langkah keluar rumah, Alhamdulillah, tak paling belakang dah. Yakin. Esoknya dah mula beli stongan. Tengok macammana Allah jentik hati kita nak suruh kita berubah, sesungguhnya Allah itu berkuasa membolak-balikkan hati, mintak la doa banyak-banyak supaya hati kita tetap dan istiqamah buat benda elok.

.
Tak dinafikan, bila kita nak berubah ni, memang banyak sangat bisikan. Bak kata Felinna Nadea Ed Fattah (one of the thrusters of my hijrah through her FB posts), jalan nak hijrah ni bukan semuanya berbunga-bunga, tapi penuh duri. Ada rasa takut orang mengata, orang perli-perli kata ustazah la apa la. Orang kata perubahan ni sekejap jela, hangat-hangat tahi ayam, yela, sebab orang tahu macam mana aku dulu-dulu. Aku telan je semua. Suami bagi dorongan. Hari-hari aku tanya "ok tak Yah pakai gini?", "Kelakar tak Yah pakai tudung labuh gini? COmey tak? Sesuai tak?" Boleh dikatakan hari-hari masa awal-awal aritu, bosan jugak Apih nak layan kot, tapi Alhamdulillah jawab sokmo, hehe. Minta kekuatan dan sokongan. Mula-mula pakai tudung tutup dada, tapi belah tepi still atas bahu, hari makin hari labuhkan sikit lagi belah tepi, step by step. Kenapa dulu taknak, kenapa baru nak mula? Rugi sangat diri ni. But its okay. It's never too late to Hijrah.
.
Kemudian masuk bab menghargai kedua orang tua. Ada seseorang ni yang selalu buat hati aku ni tersentuh, perempuan ye. Dia ni aku rasa Allah bagi aku kenal dia supaya aku berfikir. Masa orang mengumpat, dia diam. Senyum je. Lemah lembut. Ada sekali tu aku nampak ayah dia ambik dia kat opis dengan motor, dia salam ayah dia, cium pipi kiri kanan. Halusss perasaan dalam hati ni, tak dapat digambarkan dengan kata-kata. Terfikir lepas tu, biasa cium mak je, kali ni nak cium ayah jugak, berapa kali je cium ayah sepanjang mengenal dunia ni. Takut kempunan nak cium andainya aku atau ayah pergi dulu. Balik rumah minggu lepas, salam ayah, cium pipi. Kekok. Tapi tak apa, kena biasakan. Nak balik dungun, salam cium lagi. Alhamdulillah lega sangat. Semoga jadi amalan. Dan aku nak ajar anak-anak aku jadikan semua tu amalan biar tak segan inshaaAllah. Pelan-pelan nak ubah cara hidup. Hargai semasa ada, kerana semuanya hanyalah pinjaman Allah s.w.t.
.
And last but not least, sebab terbesar aku nak berubah ialah aku nak anak-anak aku jadikan aku role model. Aku nak anak-anak aku membesar tengok mak & ayah dia hidup dalam nilai Islam. InshaaAllah. Doakan aku istiqamah dan mencapai keluarga yang mawaddah, sakinah wa rahmah.
.
Kesimpulannya, keyword atau kunci untuk mula berhijrah ialah MULA. Atau START. Selagi tak START, selagi tu la tak akan MULA. Semoga kita semua hidup dan mati dalam iman dan Islam, makin hari makin baik. Biiznillah. Aamiin.

Wallahua'lam.

p/s : sekadar perkongsian, menjawab persoalan kawan-kawan yang bertanya. Yang elok ambik, yang rasa tak elok cedok buang jauh-jauh.