Assalamualaikum
w.b.t.
Semoga
kita semua sentiasa berada di dalam rahmat Allah s.w.t.
Ramai
yang tanya aku kenapa & bagaimana aku start berubah. Meh nak share sikit. Aku
ni memang suka berkawan, boleh dikatakan dari segenap lapisan masyarakat. Ada
yang aku kenal dari sekolah, ada zaman kolej, ada zaman kerja di KL, kerja di
sekolah, kerja kedai makan, kenal tepi jalan, kenal atas gunung, dalam hutan, kawan lepak, kawan berjoli sakan,
kawan susah senang dsb. Hidup aku pun banyak jugak fasa perubahan , jadi kawan-kawan
aku di setiap fasa kehidupan aku sedia maklum pasal ni.
.
Dari
didikan yang baik oleh kedua ibu bapa, sambung lagi sekolah agama oleh
guru-guru, lepas tu pilih jalan tak baik, terhantuk kemudian datang kesedaran
balik ke ke jalan yang lurus, patah balik ke jalan jahiliah, now bertatih nak
perbaiki kehidupan - semoga kepulangan kali ni kekal hingga ke akhir hayat,
Aamiin. Semoga hijrah ni perlahan-lahan ubah jugak cara hidup aku, semoga solat
tepat pada waktu, rajin buat ibadah dan segala yang baik akan cepat mendekat.
Allhumma Aamiin.
.
Kenapa
aku nekad nak berubah kali ni? Sebab MALU. Malu dengan Allah. Allah…Kalau aku
ingat balik dosa-dosa lalu, malu aku nak mengadap Allah pada hari ni. Dengan banyak-banyak nikmat yang Allah bagi
kat aku, susah sangat aku ni nak turuti perintah Dia. Nak keluarga, Allah
kurniakan mak ayah yang baik, adik beradik yang ramai, happy go lucky, gaduh adik beradik tu biasala kan, tapi tu la yang best bila adik beradik ramai. Nak kerja, Allah bagi
kerja. Nak kahwin, Allah bagi pasangan yang aku suka, bagi pulak pakej keluarga mertua yang baik. Nak anak, tanpa perlu
tunggu, bunting pelamin Allah bagi. Nikmat Allah yang mana lagi aku nak
dustakan? Tapi, degil jugak…
.
Lepas
tu, MALU lagi. Kerja pejabat agama, tapi tak menzahirkan keperibadian yang
baik. Tak ada apa kot yang boleh orang tengok aku untuk dijadikan ikutan. Datang
adik-adik praktikal berpakaian cantik longgar menutupi susuk tubuh, labuh
tudung menutupi dada dan belakang, berstokin, berstongan, manis. Langsung tak pandang aku dengan pandangan yang
jelik. Rapat dengan aku, bergurau senda. Malu datang sendiri. Halus perasaan
tu. Kadang-kadang bila duduk sendiri, bergenang air mata. Ingat kat ayah.
Kesian ayah aku atas dosa-dosa aku yang lalu. Sekarang kesian kat suami. Tapi
yang paling utama, kena ade kesian kat diri sendiri. Kalau kita gagal sayang
diri kita sendiri, kita sebenarnya gagal sayang orang lain. Benda ni datang
sikit-sikit actually, tapi rasa hanya tinggal rasa, sebab takut nak tinggalkan
kebiasaan.
.
Lepas
tu tengok pulak kakak dan adik kat rumah, bertambah baik pemakaian, takkan aku
still nak duk takuk ni, muhasabah diri. Malu kat kakak sikit, malu kat adik
banyak. Isn’t it nice when people try to change themselves from bad to good, from good to better after seeing our
goodness? Dakwah jugak tu kan? Sometimes, without uttering any words, the message delivered directly to one's heart. Thanks pada adik beradikku. Moga Allah balas
kebaikan kalian menyedarkan aku dalam diam.
.
And here is the kickstart... Pada
suatu hari, aku pergi satu pasaraya ni, pergi sorang. Saja pusing-pusing tengok
kot ada barang nak beli, baju anak ke, apa-apa jela. Tiba-tiba, nampak stokin.
Ada warna hitam, dark brown & warna kulit. Lama aku berdiri kat situ. Macam
kena pukau pun ada. Duk belek-belek. Macam nak beli. Tapiiii…berperang dengan perasaan. Syaitan
ni memang la, duk jampi serapah kat telinga. Tapi Allah jentik tu semua jauh-jauh,
terus ambik sepasang, warna hitam. Balik rumah, try sarung, tengok cermin. Rasa
kelakar. Tak cantik langsung. Aduh. Ni bukan syaitan dah, nafsu ni.
.
Esok
pakai lagi depan cermin. Tak kuat lagi nak pakai. Last-last simpan dalam laci.
10 Zulhijjah 1436, Hari Raya Aidiladha, terdetik di hati nak sarung lagi. Bukak
laci, sarung, tengok cermin sekali, langkah keluar rumah, Alhamdulillah, tak
paling belakang dah. Yakin. Esoknya dah mula beli stongan. Tengok macammana Allah jentik hati kita nak suruh kita berubah, sesungguhnya Allah itu berkuasa membolak-balikkan hati, mintak la doa banyak-banyak supaya hati kita tetap dan istiqamah buat benda elok.
.
Tak dinafikan, bila kita nak berubah ni, memang banyak sangat bisikan. Bak kata Felinna Nadea Ed Fattah (one of the thrusters of my hijrah through her FB posts), jalan nak hijrah ni bukan semuanya berbunga-bunga, tapi penuh duri. Ada rasa takut orang mengata, orang perli-perli kata ustazah la apa la. Orang kata perubahan ni sekejap jela, hangat-hangat tahi ayam, yela, sebab orang tahu macam mana aku dulu-dulu. Aku telan je semua. Suami bagi dorongan. Hari-hari aku tanya "ok tak Yah pakai gini?", "Kelakar tak Yah pakai tudung labuh gini? COmey tak? Sesuai tak?" Boleh dikatakan hari-hari masa awal-awal aritu, bosan jugak Apih nak layan kot, tapi Alhamdulillah jawab sokmo, hehe. Minta kekuatan dan sokongan. Mula-mula pakai tudung tutup dada, tapi belah tepi still atas bahu, hari makin hari labuhkan sikit lagi belah tepi, step by step. Kenapa dulu taknak, kenapa baru nak mula? Rugi sangat diri ni. But its okay. It's never too late to Hijrah.
.
Kemudian
masuk bab menghargai kedua orang tua. Ada seseorang ni yang selalu buat hati
aku ni tersentuh, perempuan ye. Dia ni aku rasa Allah bagi aku kenal dia supaya
aku berfikir. Masa orang mengumpat, dia diam. Senyum je. Lemah lembut. Ada
sekali tu aku nampak ayah dia ambik dia kat opis dengan motor, dia salam ayah
dia, cium pipi kiri kanan. Halusss perasaan dalam hati ni, tak dapat
digambarkan dengan kata-kata. Terfikir lepas tu, biasa cium mak je, kali ni nak
cium ayah jugak, berapa kali je cium ayah sepanjang mengenal dunia ni. Takut
kempunan nak cium andainya aku atau ayah pergi dulu. Balik rumah minggu lepas,
salam ayah, cium pipi. Kekok. Tapi tak apa, kena biasakan. Nak balik dungun,
salam cium lagi. Alhamdulillah lega sangat. Semoga jadi amalan. Dan aku nak ajar anak-anak aku jadikan semua tu amalan biar tak segan inshaaAllah. Pelan-pelan nak
ubah cara hidup. Hargai semasa ada, kerana semuanya hanyalah pinjaman Allah
s.w.t.
.
And
last but not least, sebab terbesar aku nak berubah ialah aku nak anak-anak aku
jadikan aku role model. Aku nak anak-anak aku membesar tengok mak & ayah
dia hidup dalam nilai Islam. InshaaAllah. Doakan aku istiqamah dan mencapai
keluarga yang mawaddah, sakinah wa rahmah.
.
Kesimpulannya, keyword atau kunci untuk mula berhijrah ialah MULA. Atau START. Selagi tak START, selagi tu la tak akan MULA. Semoga kita semua hidup dan mati
dalam iman dan Islam, makin hari makin baik. Biiznillah. Aamiin.
Wallahua'lam.
p/s
: sekadar perkongsian, menjawab persoalan kawan-kawan yang bertanya. Yang elok
ambik, yang rasa tak elok cedok buang jauh-jauh.
0 comments:
Post a Comment