Tuesday, 2 September 2014

Cerita Nikah Kahwin

Assalamualaikum.

Hari ni genap 173 hari aku selamat diijabkabulkan dengan lelaki pilihan hati aku since 10 tahun dulu. Sekejapnya masa berlalu, ni entry basi gila-gila ni, hahaha. Rasa baru je lagi sibuk-sibuk buat persiapan, buat bunga telur, pergi sana-sini cari material nak buat baju akad nikah, sanding dan outdoor sebab adik jadi tukang jahit (nak tempah bagitau ye, inshaaAllah boleh buat apa-apa design yang korang request,sempat lagi promote, hehe).Semua baju dalam gambar kat bawah ni, adik aku yang jahitkan.


Beading and segala jenis bunga kat baju-baju aku kawan adik aku yang buatkan, kiranya dorang berkolaborasi la sekarang ni, adik aku jahit, dia tambah beading dan segala bunga tu. Veil tu dia la yang buat. Untuk baju sanding lak, kaler hijau kepala itik tu, memang aku cari sampai ke Jakel Shah Alam untuk cari songket kaler tu, rezeki aku jumpa, dah memang aku nak sangat-sangat, hiks. Tengkolok tu aku buat sendiri, belajar dari youtube.





Boleh dikatakan hampir 90% persiapan kahwin adalah buat sendiri dengan pertolongan family. Pelamin pulak sewa dengan kawan,yang dari Terengganu area Kuala Terengganu,Kuala Berang boleh contact/click Naa Lina Bridal, inshaaAllah berbaloi-baloi dan puas hati. Ni pelamin yang aku request, memamg nak warna putih je and bunga warna pastel. Simple.



 Pastu goodies bag semua aku buat sendiri dengan adik-adik bermula dari tampal bunga kecik atas doily paper, sampai la siap tampal sticker. Oh ya, sticker aku order dari StickerMurah.com , memang murah dan aku puas hati, siap dapat diskaun and extra pieces. Dan paling penting tokeynya sangat peramah dan senang dihubungi, takdela ko tertunggu-tunggu bila la nak reply whatsapp, bila la nak email design, gituu... ni contoh yang dia email untuk aku check, nak tukar kaler ke, salah ejaan ke, etc. Gambar ni je aku jumpa, entah mana la pergi pic goody bag and bunga telur dalam henfon aku. huhu. Tapi apa yang aku boleh kata, aku jimat banyak sangat kat bahagian ni. Puas hati buat sendiri.

Ni yang ada dalam instagram, bunga telur yang aku buat sendiri, dari crepe paper. Cikgu aku adalah Mr.Google.
Hantaran pun gubah sendirian berhad, beli bunga-bunga tu kat Cowboy Kuantan, agak murah, sebab aku rasa tak banyak sangat aku habis kat bahagian bunga-bunga ni. Kotak kaca tu thanks to kawan adik aku yang baik hati bagi pinjam sebelum dia jual pada butik, adik dia yang buatkan untuk majlis kahwin dia bulan Januari hari tu. Kotak ni sangat memudahkan kerja aku, sehari sebelum majlis aku gubah kesemua 9 hantaran, betul-betul last minute, just pacak-pacak je bunga atas gabus tu.
 Make up pun dari rumah je, adik ipar yang make up kan. Make up nikah, sanding dan sambut menantu semua dia make up kan, memang simple je, janji muka tak pucat dah la ye, hihi... alat make up beli mana yang patut je, sebab taknak membazir,sebab aku memang jenis tak bermakeup.

 Kasut aku just beli kasut murah, then hantar kat tukang kasut untuk balut dengan songket sedondon ngan baju aku. hahaha. tapi aku puas hati, sebab size aku, sedap pakai, tak tinggi tak rendah. Just nice untuk aku.
Apa lagi ye..emm..inai. Inai kuku pakai sendiri je, campur yang dalam kon and inai pokok. Then, gi lukis inai kat Seseri Suri Spa. Motof bunga dan tak crowded.

Bab lauk kenduri semua tu aku serah 100% kat mak ayah, aku just teman mak gi beli barang je apa yang patut. Alhamdulillah everything went well sebelah aku and sebelah Apih. Kat rumah dia kita orang sewa je baju, tema kaler biru lembut. Persiapan lain aku tak tahu sangat, tapi goodies semua tu idea sama. Senang.
Tu jela kot aku simpulkan semua cerita kahwin dalam satu entry ni je dalam blog yang dah 2 tahun tak berupdate ni, boring punya pasal tak tahu nak buat apa, hahaha. Alhamdulillah sekarang ni aku dah pun pregnant 24 minggu, Allah bagi rezeki aku rasa bunting pelamin, syukur Alhamdulillah. Nanti aku cerita next entry macam mana aku suspect aku pregnant dan pengalaman sepanjang 24weeks ni, inshaaAllah. Bye!!

Wednesday, 21 November 2012

INI ENTRY MARAH!


Assalamualaikum.

Hmm... aku tahu mengeluh tak baik, tapi hanya itu yang aku mampu buat masa kejadian ini berlaku. Susah jadi perempuan berumur 26 tahun bujang di Terengganu ni. Hari-hari dihadapkan dengan soalan yang sama. Macam-macam jawapan aku bagi, secara serius, lawak bodoh, sinis, angkat bahu (body language) atau paling mudah, buat tak tahu.

Tapi, semalam. Entah macam mana sentap hati ni bila seseorang menyekolahkan aku seperti aku ni jahil berbakul. Soalnya, kenapa tak kahwin-kahwin? Memilih ke? Apa nak jadi perempuan zaman sekarang, suka menidakkan perintah Allah, suka meminggirkan sunnah Rasulullah S.A.W. Umur sudah 26, masa bila lagi nak berdua, kemudian beranak pinak? Ataupun sengaja tidak mahu meramaikan khalifah di bumi Allah? Melahirkan pejuang bersama Imam Mahdi kelak.

Jawapan aku mudah sahaja. Bukan aku penentu jodoh.

Dijwabnya sinis : jodoh harus dicari, bukan dinanti. Perempuan tempatnya di sisi suami, bukan hidup sendiri.

Aku diam. Memberontak dalam hati. Mahu dilontar keluar, fikir dua kali. Orang tua di hadapanku ini. Orang berilmu dihadapku kini. Bimbang tak pandai mengolah kata, dikata pula kurang ajar akhirnya.

Diam lagi. Dalam hati monolog sendiri. Pakcik tahu ke saya tak mencari? Pakcik tahu ke apa di fikiran saya hari-hari? Pakcik ahli nujum eh?


Kadang-kadang, menyampah. Baik hayun langkah pergi, dari sakit hati, sebelum jadi Incredible Hulk nanti, dan pakcik tu akan kata : patutlah tak kahwin-kahwin lagi!!!! hihi.

Bye!