Showing posts with label kahwin. Show all posts
Showing posts with label kahwin. Show all posts

Thursday, 19 March 2015

Entry Basi : PENGALAMAN MELAHIRKAN RAFEEQA

Oleh kerana keboringan sudah sampai di tahap yang tak dapat dibendung lagi, maka aku rasa nak menjenguk blog aku yang sendu ni tadi. Hiks. >.<

So meh nak cerita sikit pengalaman melahirkan anak sulung (ada rancangan nak ada kedua, ketiga, keempat kalau ada rezeki inshaaAllah ye, hahaha) pada 19 November 2014 aritu. Kejap je aku rasa, dah 4 bulan berlalu.

Due aku sepatutnya 13 Disember 2014 ye, so aku terawal 3minggu 1 hari dari due, or senang cerita aku beranak masa kandungan aku 36 minggu 6 hari.

Nak dijadikan cerita, sedang elok je masuk 18.11.2014 iaitu kul 12 malam, aku rasa nak buang air. So, pergila tandas, masa dalam proses tu tiba-tiba perut aku bunyi POP, pastu ada air keluar laju gila dan banyakkk gila ikut bawah, terus aku bangun, takuttt... Buka pintu tandas, jerit panggil mak, "Mokkkk, air tubang ke ni????" 

Pastu dengar suara ayah aku "pecoh doh???"

Terus mak aku suruh pergi hospital. Telefon husband siap-siap, dia ingat dia kena prank, tak percaya, haha.... Adik aku bawak pergi hospital & mak aku ikut sekali, aku memang tak rasa sakit langsung, turun kereta pun selamba jalan dari parking ke wad bersalin, air ketuban still lagi keluar, dah 2 helai kain batik basah, tapi still clear.

masuk je wad, terus nurse check jalan (VE), gune jari ya, tak guna speculum. Takda jalan langsung! dan masa VE tu memang aku tak rasa sakit. Berdebar gak mula-mula bila orang kata sakit check jalan ni, tapi Alhamdulillah aku tak rasa.

Nurse tanya aku dah berapa minggu, dengan yakin aku jawab 37 minggu, bundar terus dari 36 minggu 4 hari. Nurse check buku then bagitahu aku, awak ni tak sampai lagi 37 minggu, macammana awak boleh bagitahu awak 37 minggu? Kandungan awak ni tak matang lagi, baru 36 minggu 4 hari, jalan tak buka lagi, so kena refer hospital besar. Aku macam oh-ye-ke, 3 hari lagi nak sampai 37 minggu pun dikira eh? Redha jela dicatat sebagai Preterm Premature Rupture of Membrane (PPROM) case. Boleh KLIK sini untuk tahu lebih details apa itu PPROM. 
 
Jadi malam tu tidurlah aku kat wad tu sorang-sorang, kebetulan tak ada sorang pun patient warded. Husband yang sampai dari Dungun pukul 1 pagi temankan dari luar ward je, intai-intai. Dia lagi nervous dari aku, hihihi.

Subuh tu, aku dah rasa macam sakit pinggang sikit, tapi tak kuat la, aku gi bilik air, tengok ada darah keluar. Solat, (pecah air ketuban tetap kena solat ya, ramai tanya pasal ni) then bagitau nurse, dia cakap tu tanda nak bersalin. Terus bagitau aku kena transfer ke hospital besar sebab kandungan premature dan sebab aku pecah air ketuban dah 7 jam dan jalan still tak terbuka.

Naik la ambulans kul8 pagi, pengalaman betul naik ambulans, dari duduk aku baring terus, pegang kemas handle kat katil, punyala laju, huyung hayang, dengan hujan lebatnya lagi oiii, sabor jela..hahaha..

Sampai tu naik tingkat 1, tunggu doc checking dulu, lama jgak tunggu sebab ramai jugak ibu-ibu kat dalam tu. Sampai turn aku, doc lelaki yang in charge, tanya itu ini then nak check jalan, aku bagitau saya kalau boleh nak female MO. Doc tu pun gi kat sorang doc perempuan bagitau aku request female MO, alhamdulillah dapat. Check jalan baru 1cm, tu pun katanya susah nak dapat 1 cm, paham tak macam mana tu? Means tak 1cm sangat la,hampir saja. Dengar la doctors bincang yang aku akan di caeser, sebab takut anak makan tahi, lemas etc.....

Seriously........aku CUAK.

to be continued...

Tuesday, 2 September 2014

Cerita Nikah Kahwin

Assalamualaikum.

Hari ni genap 173 hari aku selamat diijabkabulkan dengan lelaki pilihan hati aku since 10 tahun dulu. Sekejapnya masa berlalu, ni entry basi gila-gila ni, hahaha. Rasa baru je lagi sibuk-sibuk buat persiapan, buat bunga telur, pergi sana-sini cari material nak buat baju akad nikah, sanding dan outdoor sebab adik jadi tukang jahit (nak tempah bagitau ye, inshaaAllah boleh buat apa-apa design yang korang request,sempat lagi promote, hehe).Semua baju dalam gambar kat bawah ni, adik aku yang jahitkan.


Beading and segala jenis bunga kat baju-baju aku kawan adik aku yang buatkan, kiranya dorang berkolaborasi la sekarang ni, adik aku jahit, dia tambah beading dan segala bunga tu. Veil tu dia la yang buat. Untuk baju sanding lak, kaler hijau kepala itik tu, memang aku cari sampai ke Jakel Shah Alam untuk cari songket kaler tu, rezeki aku jumpa, dah memang aku nak sangat-sangat, hiks. Tengkolok tu aku buat sendiri, belajar dari youtube.





Boleh dikatakan hampir 90% persiapan kahwin adalah buat sendiri dengan pertolongan family. Pelamin pulak sewa dengan kawan,yang dari Terengganu area Kuala Terengganu,Kuala Berang boleh contact/click Naa Lina Bridal, inshaaAllah berbaloi-baloi dan puas hati. Ni pelamin yang aku request, memamg nak warna putih je and bunga warna pastel. Simple.



 Pastu goodies bag semua aku buat sendiri dengan adik-adik bermula dari tampal bunga kecik atas doily paper, sampai la siap tampal sticker. Oh ya, sticker aku order dari StickerMurah.com , memang murah dan aku puas hati, siap dapat diskaun and extra pieces. Dan paling penting tokeynya sangat peramah dan senang dihubungi, takdela ko tertunggu-tunggu bila la nak reply whatsapp, bila la nak email design, gituu... ni contoh yang dia email untuk aku check, nak tukar kaler ke, salah ejaan ke, etc. Gambar ni je aku jumpa, entah mana la pergi pic goody bag and bunga telur dalam henfon aku. huhu. Tapi apa yang aku boleh kata, aku jimat banyak sangat kat bahagian ni. Puas hati buat sendiri.

Ni yang ada dalam instagram, bunga telur yang aku buat sendiri, dari crepe paper. Cikgu aku adalah Mr.Google.
Hantaran pun gubah sendirian berhad, beli bunga-bunga tu kat Cowboy Kuantan, agak murah, sebab aku rasa tak banyak sangat aku habis kat bahagian bunga-bunga ni. Kotak kaca tu thanks to kawan adik aku yang baik hati bagi pinjam sebelum dia jual pada butik, adik dia yang buatkan untuk majlis kahwin dia bulan Januari hari tu. Kotak ni sangat memudahkan kerja aku, sehari sebelum majlis aku gubah kesemua 9 hantaran, betul-betul last minute, just pacak-pacak je bunga atas gabus tu.
 Make up pun dari rumah je, adik ipar yang make up kan. Make up nikah, sanding dan sambut menantu semua dia make up kan, memang simple je, janji muka tak pucat dah la ye, hihi... alat make up beli mana yang patut je, sebab taknak membazir,sebab aku memang jenis tak bermakeup.

 Kasut aku just beli kasut murah, then hantar kat tukang kasut untuk balut dengan songket sedondon ngan baju aku. hahaha. tapi aku puas hati, sebab size aku, sedap pakai, tak tinggi tak rendah. Just nice untuk aku.
Apa lagi ye..emm..inai. Inai kuku pakai sendiri je, campur yang dalam kon and inai pokok. Then, gi lukis inai kat Seseri Suri Spa. Motof bunga dan tak crowded.

Bab lauk kenduri semua tu aku serah 100% kat mak ayah, aku just teman mak gi beli barang je apa yang patut. Alhamdulillah everything went well sebelah aku and sebelah Apih. Kat rumah dia kita orang sewa je baju, tema kaler biru lembut. Persiapan lain aku tak tahu sangat, tapi goodies semua tu idea sama. Senang.
Tu jela kot aku simpulkan semua cerita kahwin dalam satu entry ni je dalam blog yang dah 2 tahun tak berupdate ni, boring punya pasal tak tahu nak buat apa, hahaha. Alhamdulillah sekarang ni aku dah pun pregnant 24 minggu, Allah bagi rezeki aku rasa bunting pelamin, syukur Alhamdulillah. Nanti aku cerita next entry macam mana aku suspect aku pregnant dan pengalaman sepanjang 24weeks ni, inshaaAllah. Bye!!

Thursday, 5 January 2012

Soalan Kebiasaan

Memandangkan umur aku dah 26tahun kalau ikut tahun, (walaupun baru je lagi sebenarnya cukup umur 25 tahun, benci tauu..), soalan-soalan yang boleh di agak memang hari-hari kedengaran, sampai kategori  aku malas nak jawab and senyum adalah jawapan terbaik bagi aku. Mesti korang dah boleh agak kan soalan apa...huhu...

Bila nak "kahwin, nikah, berdua, langsung" dan macam-macam lagi perkataan yang membawa erti yang sama, sudah lali aku dengar, dah tebal dah pun telinga aku ni sampai tahap kalau naik motor corner baring pon tak koyak punya la telinga aku terseret kena jalan tar.....................sebab ada helmet cover telinga,haha. 

Bukan aku tak nak kahwin, gilo ko tak nak kahwin?? Best kot kahwin, orang cakap la, tapi aku tengok memang macam bestt pon, tak sabar nak kahwin. hahaha.

Kalau nak layan soalan orang memang takkan pernah habis.



Yela, masa tadika tanya cita-cita nak jadi apa. Masuk tahun 6,dapat UPSR gempak, tanya nak gi sekolah mana. Masuk form 3, dapat result supergempak, tanya nak gi SBP mana, MRSM mana. Habis SPM, tanya nak apply course apa, kat mana, berapa semester. Masuk je IPTA/IPTS, tanya pointer berapa, grad bila, konvo bila.


Habis belajar, tanya dah kerja ke belum, kalau kerja, bagus. Tak kerja potpet-potpet bisik 'rugi je belajar tinggi-tinggi'. Lepas dapat kerja, tanya bila nak berdua. Bila dah berdua, tanya bila nak timang cahaya mata. Dah dapat sorang cahaya mata, tanya bila nak tambah.

Nasib baik tak tanya bila nak habis umur. Huhu. (berlapiknya ayat ini...haha).


So, saya senyum je la kalau orang tanya soalan cepucemas itewwwww.........Saya merancang, Allah menentukan. Sampai masa saya, insyaAllah saya jemput semua. (pinjam ayat artis jap)
Sekian, terima kasih.


Assalamualaikum.