Wednesday 21 March 2012

my first nephew

Orang lain dah berderet ada anak saudara, aku baru nak kecoh-kecoh kan? hehe. Tapi, itu la, excited sangat aku ni bila dapat anak saudara. Huhu. Sebenarnya, due akak aku dalam 13-20hb April, aku tak berapa ingat, so, dalam sebulan lagi la kan, tapi tiba-tiba 15hb Mac dia kuar tanda-tanda nak bersalin, terus gi klinik, doktor cakap jalan dah terbuka 3cm, so, doktor suruh pergi ke hospital besar, HTAA Kuantan.
17hb Mac 2012, jam 0225, selamatlah akak aku melahirkan putera sulung dia dengan berat 2.56kg. Baby ni nak jugak lahir kat Kuantan, nak jadi orang Pahang, ikut ayah dia, huhu. Takpela, janji selamat, tak kira kat mana, tak kira jantina. :)
And aku yang kebetulan ada di Dungun masa tu, terus rushing ke Kuantan nak tengok my sis dan baby, tapi tak boleh jugak tengok baby sebab ada masalah sikit, ada gula dalam darah katanya. So, boleh tengok akak aku jela. Ahad petang aku balik Terengganu, mak aku still kat HTAA temankan akak aku. Petang tu akak aku dah boleh duk sekali ngan baby dia, my mom pun MMS pic baby.
 Muka dia macam atuk dia la..senyum ayah aku sampai telinga. Haha. Suka lettewwww....hihi...
Isnin malam dah boleh balik kampung, akak aku berpantang kat sini. Apalagi, hari-hari la aku duk tilik baby. Jatuh cinta terus. Huhu. Lagipun memang tak kekok bila main dengan baby, sebab aku dah start jaga budak since darjah 4, masa tu adik aku Ijah dilahirkan, then straight sampai si Ecah 4 tahun yang lepas. 

Setakat nak basuh berak, bagi susu (susu botol), tukar lampin, dodoikan, riba, pakaikan tali barut, semua kacang la bagi aku, cuma mengandung dan melahirkan je lagi aku tak rasa. Mesti best feeling tu kan. Hehe.

Ok lah, nak sambung buat kerja. Bye!

6 comments:

Anonymous said...

wat lapa.....

adamluvajah said...

smpai sudah mg dop kabo name ye... tunggu gok laa aku.. kiki

Unknown said...

anon : hahaha...sibukla u...

cikjah : hahaha...xingat..muhammad a'qil bin rosdi...nk pendek je kak aku kate..

adamluvajah said...

betul doh kak mung kate ooo... jekgi susoh cikgu ye nok sebut.. aku rase anak aku pun 2 patah perkataan gok.... hahhahhha.. name mung arr panjnag... 3 patah perkataan..

Unknown said...

cikjah : haha...name aku pendek je tu, senang sebut..tu pon org ingat noor ngan hidayah tu sambung..jadi 2 perkataan gop la wak lolok..haha

adamluvajah said...

ceh nok gok ye..... hahhaha...