Takut pulak bila nak berbicara soal mati ni. Banyak sangat dosa terbeban di bahu kiri, tak tertanggung rasanya. Tapi, setiap orang pasti merasai mati dan akan kembali kepada Pencipta kita, Allah s.w.t samada dalam keadaan husnil khatimah ataupun su'il khatimah. Semoga kita berada di dalam golongan yang pertama itu. Amin.
Jadi, di atas mewujudkan kesedaran tentang mati dan pengurusan kematian, selalu jugakla Bengkel Pengurusan Jenazah Mengikut Perspektif Islam dilaksanakan. Termasuk hari Sabtu baru-baru ni, dah 3 kali aku join bengkel ni. Belajar cara-cara memandikan, mengafankan, dan menguruskan jenazah. Teringat ceramah Ustaz Don Danial- "Anak-anak Asset Ke Syurga", teringin pulak aku nak mendalami hal ni, nak memandikan dan mengafankan ibu sendiri sekiranya aku panjang umur dari ibu aku.
Dan Sabtu, 24hb Mac 2012 bertempat di Masjid Kampung Kuala Ping, pejabat ni ada buat bengkel ni dan aku diheret jadi model jenazah, pengalaman pertama buat aku dimandikan, dikafankan. Aku rasa....hmm..ntahla..tak tau nak cakap apa, dalam hati Allah je yang tahu walupun duk gelak-gelak ngan orang kampung yang duk riba aku masa dimandikan, dikafankan.
Peringatan untuk diri sendiri : Ingatkan Tuhan, Takutkan Mati...insyaAllah selamat dunia akhirat.
1 comments:
yg hidup pasti akn mati...entry yg sgt berguna.....terima kasih diatas perkongsian ini...
Post a Comment