Tuesday 30 October 2012

Imam / Bilal


Assalamualaikum...

Ramai orang mempertikaikan, kenapa yang susah sangat nak melantik Imam, Bilal sedangkan ramai yang dah bersara, meninggal dan tidak lagi sihat untuk menjalankan tugasan. Kadang-kadang naik pening kami di peringkat pengurusan Masjid nak menjawab, hehe.

Ada yang sampai 3 hingga 4 kali ditemuduga pun masih lagi gagal, namun calon dan panel temuduga tidak pernah berputus asa untuk ditemuduga dan menemuduga demi kemaslahatan ahli Qaryah yang memerlukan tenaga Imam dan Bilal di masjid-masjid seterusnya untuk agama Islam yang kita sanjungi itu sendiri.


Hari ni aku berpeluang melihat sendiri Temuduga Saringan Imam dan Bilal Masjid Mukim Daerah Hulu Terengganu yang dijalankan dia pejabat tempat aku bekerja dan akhirnya aku faham kenapa susah sangat nak mencari, melantik dan melatih Imam dan Bilal ni. Banyak soalan yang penting, yang wajib seorang Imam dan Bilal tahu, bukan setakat tahu membaca Al-Fatihah dan surah Lazim, tapi banyak lagi yang kebanyakannya gagal dijawab oleh calon-calon.


Contohnya, rukun Khutbah, rukun solat, syarat sah Khutbah, Perkara sunat ketika melaungkan azan, bacaan tahiyat akhir - yang mana rukun yang mana sunat, dan macam-macam lagi. 


Tapi, sebenarnya, permulaan temuduga itu sendiri pun dah ralat bila bacaan al-Fatihah pun sudah salah. Kalamullah sangat perlu dijaga bacaannya, kerana kalau tersalah baca, waima tersalah baris sekali pun dah boleh jadi lain maknanya. 

Sebab itulah, susah nak melantik Imam dan Bilal, di samping ingin menjaga kesucian solat, ayat al-Quran, kita juga menjaga Imam dan Bilal itu sendiri. Maksud saya, sanggupkan Imam dan Bilal menanggung dosa satu jemaah sekiranya solatnya tidak sah ketika mengimamkan solat?

Sangat besar tanggungjawab Imam dan Bilal, ianya bukan sekadar profesion untuk mendapat gaji bulanan. InsyaAllah calaon-calon yang benar-benar layak pada peringkat saringan ini akan ditemuduga kembali pada 6hb November ini di depan Dato' Mufti Negeri Terengganu. Selamat Maju Jaya. :)

3 comments:

StingRay said...

bukan senang nak jadi ketua.besar tanggungjawabnya. =)

Unknown said...

En. Jamil : hihi..tau xpe... :)

Unknown said...

Jujur,ikhlas dan amanah InshaAllah dipermudahkan Allah yg mahakuasa