Selamat berpuasa sunat Arafah kepada yang berpuasa dan Selamat Hari Raya AidilAdha kepada semua muslimin muslimat yang diredhai Allah sekalian. Woahh, gaya macam nak bagi speech depan audiens. Hehe.
Emm...how to start ye..hehe. Actually, I'm writing this entry upon request, not because I'm good at this, but I've been given oppurtunity by her(my friend) to throw my opinion in my blog. Berbicara? Siapa-siapa pun boleh berbicara. Berbicara pon banyak medium kan, bukan semestinya kena gerakkan bibir yang seksi, mengeluarkan bunyi patah bicara, tapi juga melalui penulisan, body language dan macam-macam lagi.
Tapi....apa kaitan ilmu dengan berbicara? Pernah tak dengar orang kata "si polan bin si polan ni suka heret tin kosong, isi tak ada, tapi bunyi je lebih?" Ataupun "cakap pung pang pung pang, tapi tak ada pengajaran, tak ada faedah? aptb!"
Kadang-kadang aku suka bergaul dengan orang lebih tua, walaupun percakapan penuh ngan humor,
Pernah dengar "bodoh sombong"? Tau apa makna "bodoh sombong"? Sesetengah orang sangat suka berbicara, contoh terdekat diri aku sendiri, siapa-siapa yang kenal aku akan automatik kata aku ni talkative, tapi seboleh-bolehnya, kena elakkan diri dari jadi bodoh sombong which is, bila kita bercakap, nak best je, nak hebat je, macam semua benda kita tahu, and bila sampai satu part, kantoi, salah info, salah percakapan - ada la hamba Allah tegur dan perbetulkan : tak boleh nak terima and terus-terusan menegakkan benang yang basah. That's not good bebeh! :-)
Tak ada manusia yang sempurna, mungkin dia berilmu, berstatus PhD, tapi dalam bidangnya sahaja, tak semua benda seseorang akan tahu, di situlah hikmahnya di mana manusia diciptakan dan dikurniakan dengan pelbagai kepakaran - iaitu untuk saling melengkapi antara satu sama lain. Apa yang kau tak tahu, aku share. Apa yang aku tak tahu, kau share. Simbiosis. Jadi jangan jadi bodoh sombong.
Aku ambik contoh paling mudah.
How to pronounce CONNECTION. Kita biasa dengar orang sebut "koneksyen", so kita tegur, betulkan jadi "keneksyen". (ni sekadar contoh) So, bila orang tegur, mula la kata "eleh, macam la mung pandai sangat, mat saleh celup..." hihi, tu contos ok..contossss.. :)
Dan...sekarang ni dengan zaman internet serba canggih, Facebook, Twitter, Instagram, Blogger dan macam-macam lagi la juga manjadi medium perbicaraan/komunikasi untuk menyampaikan sesuatu terutamanya yang kita selalu tengok dan baca sekarang : DAKWAH.
Tak salah dan takkan pernah salah bila kita nak berdakwah, sebab setiap antara kita adalah dai'e, TAPI berdakwah lah dengan ilmu, berdakwahlah dengan dalil dan nas. Kenapa kena ada ilmu, kenapa kena ada dalil dan nas? Sebab setiap apa yang kita sampaikan, mesti akan ada persoalan, mesti ada yang nak bukti, mesti ada yang nak pertikai. Itulah manusia. Penuh dengan tanda tanya.
Jadi bila kita cuba nak sampaikan sesuatu, sertakan sekali dengan dalil. Dalil pulak bukan semestinya ayat al-Quran dan hadis, dalil sendiri terbahagi kepada dua, dalil Aqli dan dalil Naqli. Jadi gunakan kedua-duanya. Selepas tu, terpulanglah kepada audiens, pembaca itu sendiri untuk berfikir.
Contohnya semalam aku ada terbaca di salah satu page menegur tentang wanita Free Hair, kenapa tak nak pakai tudung? Banyak sangat komen-komen yang aku baca, ada yang membina, ada yang mengamuk, ada yang menasihati, tak kurang juga yang mencela. Pendapat peribadi aku, kalau tak mampu menegur dengan lidah, tegurlah dengan hati, doakan yang terbaik buat mereka. Mencela, menjatuhkan hukum hanya menambahkan beban di bahu kiri kita sendiri, sedangkan mendoakan kebaikan ke atas seseorang tu memberi 1001 manfaat kepada kita sebagai contoh, malaikat akan mendoakan kita semula, ;)
Ilmu Allah maha luas, dan konteks entry aku ni jugak luas. Ilmu tak bermakna ilmu agama sahaja, tapi pelbagai ilmu, dan ingatlah, berbicaralah tentang sesuatu berasaskan ilmu, bukan sekadar bercakap atas angin.
Akhir kata...maafkan saya kalau ada tersalah kata, tersilap bicara. Ini hanya buah fikiran saya yang masih lagi terkapai-kapai mencari hala tuju kehidupan setelah hanyut pada suatu ketika dan sedang berusaha untuk menetapkan hati di jalan yang diredhai Allah. Wallahua'lam.
0 comments:
Post a Comment