Tuesday, 17 November 2015

PARUT HILANG, KULIT TAK KUSAM

Assalamualaikum semua.

Hari ni nak share pasal satu produk ni. SeqyBeauty. Memang aku sangat-sangat puas hati pakai. Mula-mula terhasilnya brand ni, ada BB Cream je, boleh dikatakan aku antara yang terawal jadi agent SeqyBeauty ni. Sebab apa jadi agent? sebab bila aku pakai BB Cream tu aku rasa best sangat2, tak tau la nak cakap macam mana. Duk tengah panas pun muka tak berminyak weh.
BB Cream sahaja
Sebab dia waterbased. Nak solat, ambik wudhu' tu tak payah nak cleanser2, basuh camtu je, memang la mesra wudhu' sangat. Dulu aku pakai bedak baby je, tapi yela dah tua baru ada kesedaran yang bedak baby tak ada UV protection. So, BB ni memang membantu aku la, ada SPF30.

Nak tau apa lagi best??? Sebotol RM55 tahan up to 3 months wehhh...gila berbaloi2. Aku pakai sekali shari je, gi kerja pagi tu. Memang jimat. Sekali picit dah boleh cover satu muka. Ada 3 code warna. Aku suka pakai brown.




Tak lama pastu keluar Cleanser. Apa lagi agent mesti la nak try kan. Sebab aku ni memang payah nak jual barang yang aku tak cuba dulu. Susah nak explained jap lagi. Alhamdulillah sesuai cleanser ngan aku. Berganda-ganda kegembiraan. Dah la tahan hampir 3 bulan, RM45 je pulak tu.



Now, dah ada skincare set. Ada cleanser, toner. serum , day&night cream.


Adik kat opis ni dah 4x repeat order BB Cream code 2. Tak best kalau tak pakai katanya.
Memang aku excited nak try, sebab sepanjang hidup ni tak pernah try skincare satu set gini. Hasilnya Alhamdulillah sangat, whitehead blackhead kat hidung licinnnnn. Yang paling suka, parut atas dahi pudarrrr. Tengok sendiri la perbezaan sebelum dan selepas ni. Suka sangat kulit tak kusam. Tu naked-face ye. BB Cream pun tak pakai. After 2 bulan berSkincare, tapi aku banyak jugak ngelat sebulan akhir tu (memang dasar pemalas tapi nak cantik), hehe.. Apa? Lambat effect? Aku suka sebab SELAMAT. Dia baiki kulit pelan-pelan. Tapi depends atas penerimaan kulit gak. Ada sorang customer aku dia pakai tak sampai sebulan, pori-pori dia mengecil, kulit smoothhhh...suka sangat tengok. Produk ni tak ada penggelupasan ye, 100% plant extract. Tak apa effect bukan 3 hari pun, yang penting selamat untuk jangka masa panjang.





Nak tanya or nak order, mesej or whatsapp je kat 013-9088705. 

Wednesday, 11 November 2015

AKU PENDOSA INGIN KE SYURGA.

Assalamualaikum w.b.t.

Semoga kita semua sentiasa berada di dalam rahmat Allah s.w.t.

Ramai yang tanya aku kenapa & bagaimana aku start berubah. Meh nak share sikit. Aku ni memang suka berkawan, boleh dikatakan dari segenap lapisan masyarakat. Ada yang aku kenal dari sekolah, ada zaman kolej, ada zaman kerja di KL, kerja di sekolah, kerja kedai makan, kenal tepi jalan, kenal atas gunung, dalam hutan, kawan lepak, kawan berjoli sakan, kawan susah senang dsb. Hidup aku pun banyak jugak fasa perubahan , jadi kawan-kawan aku di setiap fasa kehidupan aku sedia maklum pasal ni.
.
Dari didikan yang baik oleh kedua ibu bapa, sambung lagi sekolah agama oleh guru-guru, lepas tu pilih jalan tak baik, terhantuk kemudian datang kesedaran balik ke ke jalan yang lurus, patah balik ke jalan jahiliah, now bertatih nak perbaiki kehidupan - semoga kepulangan kali ni kekal hingga ke akhir hayat, Aamiin. Semoga hijrah ni perlahan-lahan ubah jugak cara hidup aku, semoga solat tepat pada waktu, rajin buat ibadah dan segala yang baik akan cepat mendekat. Allhumma Aamiin.
.
Kenapa aku nekad nak berubah kali ni? Sebab MALU. Malu dengan Allah. Allah…Kalau aku ingat balik dosa-dosa lalu, malu aku nak mengadap Allah pada hari ni.  Dengan banyak-banyak nikmat yang Allah bagi kat aku, susah sangat aku ni nak turuti perintah Dia. Nak keluarga, Allah kurniakan mak ayah yang baik, adik beradik yang ramai, happy go lucky, gaduh adik beradik tu biasala kan, tapi tu la yang best bila adik beradik ramai. Nak kerja, Allah bagi kerja. Nak kahwin, Allah bagi pasangan yang aku suka, bagi pulak pakej keluarga mertua yang baik. Nak anak, tanpa perlu tunggu, bunting pelamin Allah bagi. Nikmat Allah yang mana lagi aku nak dustakan? Tapi, degil jugak…
.
Lepas tu, MALU lagi. Kerja pejabat agama, tapi tak menzahirkan keperibadian yang baik. Tak ada apa kot yang boleh orang tengok aku untuk dijadikan ikutan. Datang adik-adik praktikal berpakaian cantik longgar menutupi susuk tubuh, labuh tudung menutupi dada dan belakang, berstokin, berstongan, manis.  Langsung tak pandang aku dengan pandangan yang jelik. Rapat dengan aku, bergurau senda. Malu datang sendiri. Halus perasaan tu. Kadang-kadang bila duduk sendiri, bergenang air mata. Ingat kat ayah. Kesian ayah aku atas dosa-dosa aku yang lalu. Sekarang kesian kat suami. Tapi yang paling utama, kena ade kesian kat diri sendiri. Kalau kita gagal sayang diri kita sendiri, kita sebenarnya gagal sayang orang lain. Benda ni datang sikit-sikit actually, tapi rasa hanya tinggal rasa, sebab takut nak tinggalkan kebiasaan.
.
Lepas tu tengok pulak kakak dan adik kat rumah, bertambah baik pemakaian, takkan aku still nak duk takuk ni, muhasabah diri. Malu kat kakak sikit, malu kat adik banyak. Isn’t it nice when people try to change themselves from bad to good, from good to better after seeing our goodness? Dakwah jugak tu kan? Sometimes, without uttering any words, the message delivered directly to one's heart. Thanks pada adik beradikku. Moga Allah balas kebaikan kalian menyedarkan aku dalam diam.
.
And here is the kickstart... Pada suatu hari, aku pergi satu pasaraya ni, pergi sorang. Saja pusing-pusing tengok kot ada barang nak beli, baju anak ke, apa-apa jela. Tiba-tiba, nampak stokin. Ada warna hitam, dark brown & warna kulit. Lama aku berdiri kat situ. Macam kena pukau pun ada. Duk belek-belek. Macam nak beli. Tapiiii…berperang dengan perasaan. Syaitan ni memang la, duk jampi serapah kat telinga. Tapi Allah jentik tu semua jauh-jauh, terus ambik sepasang, warna hitam. Balik rumah, try sarung, tengok cermin. Rasa kelakar. Tak cantik langsung. Aduh. Ni bukan syaitan dah, nafsu ni.
.
Esok pakai lagi depan cermin. Tak kuat lagi nak pakai. Last-last simpan dalam laci. 10 Zulhijjah 1436, Hari Raya Aidiladha, terdetik di hati nak sarung lagi. Bukak laci, sarung, tengok cermin sekali, langkah keluar rumah, Alhamdulillah, tak paling belakang dah. Yakin. Esoknya dah mula beli stongan. Tengok macammana Allah jentik hati kita nak suruh kita berubah, sesungguhnya Allah itu berkuasa membolak-balikkan hati, mintak la doa banyak-banyak supaya hati kita tetap dan istiqamah buat benda elok.

.
Tak dinafikan, bila kita nak berubah ni, memang banyak sangat bisikan. Bak kata Felinna Nadea Ed Fattah (one of the thrusters of my hijrah through her FB posts), jalan nak hijrah ni bukan semuanya berbunga-bunga, tapi penuh duri. Ada rasa takut orang mengata, orang perli-perli kata ustazah la apa la. Orang kata perubahan ni sekejap jela, hangat-hangat tahi ayam, yela, sebab orang tahu macam mana aku dulu-dulu. Aku telan je semua. Suami bagi dorongan. Hari-hari aku tanya "ok tak Yah pakai gini?", "Kelakar tak Yah pakai tudung labuh gini? COmey tak? Sesuai tak?" Boleh dikatakan hari-hari masa awal-awal aritu, bosan jugak Apih nak layan kot, tapi Alhamdulillah jawab sokmo, hehe. Minta kekuatan dan sokongan. Mula-mula pakai tudung tutup dada, tapi belah tepi still atas bahu, hari makin hari labuhkan sikit lagi belah tepi, step by step. Kenapa dulu taknak, kenapa baru nak mula? Rugi sangat diri ni. But its okay. It's never too late to Hijrah.
.
Kemudian masuk bab menghargai kedua orang tua. Ada seseorang ni yang selalu buat hati aku ni tersentuh, perempuan ye. Dia ni aku rasa Allah bagi aku kenal dia supaya aku berfikir. Masa orang mengumpat, dia diam. Senyum je. Lemah lembut. Ada sekali tu aku nampak ayah dia ambik dia kat opis dengan motor, dia salam ayah dia, cium pipi kiri kanan. Halusss perasaan dalam hati ni, tak dapat digambarkan dengan kata-kata. Terfikir lepas tu, biasa cium mak je, kali ni nak cium ayah jugak, berapa kali je cium ayah sepanjang mengenal dunia ni. Takut kempunan nak cium andainya aku atau ayah pergi dulu. Balik rumah minggu lepas, salam ayah, cium pipi. Kekok. Tapi tak apa, kena biasakan. Nak balik dungun, salam cium lagi. Alhamdulillah lega sangat. Semoga jadi amalan. Dan aku nak ajar anak-anak aku jadikan semua tu amalan biar tak segan inshaaAllah. Pelan-pelan nak ubah cara hidup. Hargai semasa ada, kerana semuanya hanyalah pinjaman Allah s.w.t.
.
And last but not least, sebab terbesar aku nak berubah ialah aku nak anak-anak aku jadikan aku role model. Aku nak anak-anak aku membesar tengok mak & ayah dia hidup dalam nilai Islam. InshaaAllah. Doakan aku istiqamah dan mencapai keluarga yang mawaddah, sakinah wa rahmah.
.
Kesimpulannya, keyword atau kunci untuk mula berhijrah ialah MULA. Atau START. Selagi tak START, selagi tu la tak akan MULA. Semoga kita semua hidup dan mati dalam iman dan Islam, makin hari makin baik. Biiznillah. Aamiin.

Wallahua'lam.

p/s : sekadar perkongsian, menjawab persoalan kawan-kawan yang bertanya. Yang elok ambik, yang rasa tak elok cedok buang jauh-jauh.


Tuesday, 24 March 2015

Entry Basi : PENGALAMAN MELAHIRKAN RAFEEQA Pt.2

So, sepertimana yang aku janji, aku akan sambung cerita haritu, sorry sangat lambat sebab too many things coming my way beberapa hari ni. Entry ni pun aku taip 2 hari, terfikir nak to be continued je semalam, tapi ko ingat ko blogger popular nak hold2 entry, hahahaha. Ok, draft sajoo. Hari ni sambung menaip. Baca la ye, panjang bebeno ni. >.<
*********************************************************
Bila doctor bagitau aku yang aku kena undergo C-Section delivery, seriously aku cuak. Asyik termenung je, sebab aku tak pernah terfikir akan melalui pengalaman bersalin secara caesar, aku memang mengharapkan dan berdoa agar bersalin secara normal. Macam-macam aku fikir. Suami aku cakap muka aku dah tak berseri a.k.a monyok je hari tu dek pembawakan caesarean. Huhu.
sempat jugak selfie ye. few hours sebelum meletup. hahaha
Ok, so lepas doctor check jalan apa semua tu, aku kena scan pulak, sebab doctor nak tengok air ketuban aku banyak mana, baby dah besar mana etc. Ada 3 to 4 doctors yang ada masa scan tu, air ketuban aku still banyak (so aku assumed perut aku besar sebab air ketuban banyak) dan baby pulak cukup berat -estimated 2.9kg masa dia scan tu, so risiko baby underweight takde, jadi doc yang scan tu kata kita tunggu 24hours dulu tengok macam mana, if air ketuban bertukar warna coklat, kuning or kehijauan cepat-cepat bagitahu nurse, bimbang anak dah makan tahi & lemas. Ada sorang doc chinese, lelaki ya, dia argue dengan docs perempuan yang ada kat situ, katanya better caesar je terus, sebelum apa-apa yang buruk terjadi kat baby.

Berbincanglah sekalian docs tu, lastly, senior doc datang and nak scan lagi sekali. So, resultnya, tunggu 24 hours, aku akan diberi antibiotik untuk prevent jangkitan kuman. LEGA. Alhamdulillah. Aku fikir sempat lagi ni nak berdoa, nak pujuk-pujuk baby cepat-cepat turun. T_T

Masuk 24hours, 19 November 2014. Still tak ada sakit-sakit ya. Aku tidur pun lena. Gi tandas check air ketuban, still clear. Start balik dah berdebar nak kena caesar. Slow-slow pujuk diri, takpela caesar pun, janji anak n mak selamat. Suami pun bagi support, jangan fikir sangat, takpela keluar ikut mana pun. Redha.

Tiba-tiba... dalam pukul 8 pagi, rasa sakit kat ari-ari, menolak-nolak kuat dari pinggang. Ni ke contraction?? Tanya akak sebelah, contraction ke ni kak, rasa gini gini. Whatsapp kawan masa sekolah dulu tanya itu ini, pengalaman dia macam mana.  Tapi sakit contraction tu aku boleh tahan. Datang sakit tu jarang-jarang je, setiap kali sakit, aku turun katil aku jalan-jalan, sambil pegang pinggang. Hilang sakit, aku naik katil baring. Makan. Baring. Makan. Sakit je, aku turun katil balik. Doctors datang check biasa-biasa je, tanya sikit-sikit pastu senyap.

Aku sebenarnya menghitung masa nak kena caesar je, ye la dah lebih 24 jam masa tu. Tapi tak ada pun tanda nurse ke, doctor ke nak bawak aku ke bilik bedah. Sakit makin lama makin kerap. Tak reti la nak cerita macam mana, tapi memang setiap kali sakit aku tak baring, aku lawan sakit tu. Patients lain tengok je gelagat aku, makan tak tinggal ye sakit-sakit pun, sapu licin.

Petang tu dalam pukul 3, ada sorang doc lelaki muda, chinese datang kat katil aku. Tanya ada contraction ke tak, aku bagitahu la sejam sekali pagi tadi, petang ni dah makin kerap, perut asyik mengeras je. Tengah dia duk menulis tu, aku tanya la, saya ni macam mana doc, boleh beranak normal tak? Doc tu cakap case you ni memang kena caesar, so tunggu nanti nurse akan datang bagitahu bila masa tiba. Sayu rasa hati time tu. Pastu doc cakap nak check perut. Masa dia check tu dia terkejut, 

"eh, baby you dah turun sangat dah ni, dah engaged. Kat sini dah kepala baby (sambil tunjuk kat aku kedudukan kepala baby)". 

Dia sambung lagi cakap you macam boleh beranak normal ni, nanti jap ye. Terus dia pergi tak tahu la aku ke mana. Dalam pukul 4 lebih camtu dia datang balik dengan 5 orang docs perempuan, semua berjilbab labuh, duk kerumun aku. Sorang pegang perut aku, check, pastu cakap bahasa doctor dorang, yang aku dengar IOL. Then,after doctors pakar tu semua pergi, aku tanya doc chinese tadi, IOL tu I tu stand for Induce ke? He nodded and explained to me how the labor process will take place. IOL = Induction of Labour

Alhamdulillah. Aku syukur sangat masa tu sebab aku at least ada peluang untuk try bersalin secara normal. Petang tu mak aku datang, mak mertua pun datang, adik aku, kakak ipar pun ada,  and of course my loyal and nervous husband always ada, hahaha. Pukul 5 petang nurse panggil nak check jalan, sepanjang 2 hari aku kat ward tu, entah berapa kali kena check VE pun aku dah lupa, tapi as aku stated dalam entry sebelum ni, memang aku tak rasa sakit, BUT kali ni, one of doc pakar yang kerumun aku tadi check, dia twist jari dia kat dalam tu nak buka pintu rahim, aku rasa macam nak sepak doc tu. Pastu bila dia keluarkan jari dia, nampak darah banyak gila kat jari, patutlah sakit oiii...pengalaman sungguh! Katanya jalan dah 3cm, prepare untuk masuk labor room.

After that, pukul 6 nurse masukkan julap ikut bontot untuk make sure aku membuang dulu segala isi perut, yela, dah almost 2 hari duk hospital aku tak berak. Menyimpan je kerja, melaburnya tak. Haha. So, masuk la tandas,lama aku termenung dalam tandas tu, kadang-kadang rasa nak teran, tapi takut, takut baby yang keluar, hahhaha..mung ingat senang baby nok keluor gitu je dayah oii?? hiks.

Tiba-tiba dengar ada suara panggil, 
"Hidayah! Hidayah! ada ke dalam ni (tandas) ??"
Nurse mari panggil okkkk...gila lama aku termenung rupanya, dah dekat kul7. Terus suruh naik wheelchair, aku kata jap nak ambik henfon dulu kat katil. Jalan laju-laju gi kat bed, tujuan utama ialah minum air milo ais yang kirim kat husband tadi, hahaha. Sempat ok sedut laju-laju. Pastu makan kurma sebiji, ambik 2,3biji letak dalam poket. Telan VCO liquid sebanyak mungkin. pastu naik wheelchair ke labor room. Nampak suamiku, makku, mak mertuaku, adikku tunggu depan labor room tu, terus rasa berdebar. Tak tau nak cakap macam mana perasaan masa tu.

Masuk labor room, aku tengok sekeliling, sempat lagi dalam hati oo-macam-ni-labor-room. Masa ni doc lelaki jugak yang in charge, aku mintak female MO jgk, alhamdulillah dapat. And aku pesan aku taknak doc pelatih lelaki masuk. Aku fikir, at least aku request, kalau tak dapat, darurat takpe la, nak buat macam mana. Tapi memang syukur sangat, awal sampai akhir, aku dapat docs & nurse perempuan je. Ok, tukar baju, pastu nurse pasang alat kat perut tu untuk check contraction, untuk check heartbeat baby, rimas pulak aku rasa time tu dengan perut mengeras lagi, nak bergerak susah tali-tali tu semua kemas sangat. Tangan kiri dah kena masuk jarum untuk masukkan ubat jap lagi, aku terus induce ikut tangan ya, tak masuk ubat ikut bawah. Satu picagari besar penuh ubat standby nak di masukkan, aku tengok je setitik-setitik ubat tu masuk. Pukul 8 malam masa tu. 

Sejam pertama sempat lagi berwhatsapp dengan family group, ngan suami, sebab contraction datang kejap-kejap je. Doctor predict aku akan bersalin after 12a.m, sebab masa masuk tu ak 3cm, so sejam 1cm macam tu la prediction. Pukul 9p.m, aku dah start baring mengiring ke kiri, rasa pinggang dah macam nak putus. Henfon pun nak baling dah. Oh lupa, awal-awal tu mak saudara husband aku temankan, dia nurse kat situ, nasib baik Chu ada, yela, husband bila nak meneran sat lagi baru leh masuk kan. So, aku tarik tangan Chu, urut sini chu, urut sana chu. gitu. Tangan sendiri nak gosok & urut memang tak rasa apa dah. Aku cakap ngan Chu, rasa nak berak, Chu senyum je, dia cakap berak la, perasaan je tu, contraction memang gitu sebab baby tolak usus.

Mulut kumat kamit baca Lailahaillaanta, time sakit suruh Chu urut. Pastu baca lagi. Tak tahu nak buat apa dah. 9.30 malam makin kuat rasa nak berak. Aku dah berpeluh-peluh. Aku bagitau chu lagi, nak berak. Chu panggil nurse, mungkin sebab nak suruh aku dengar cakap nurse lain. Nurse cakap takpe dik, nak berak, berak je, nanti kita tukar lapik katil ni, jangan bimbang. Berak je. Masalahnya, aku rasa nak terannnnn.....nak jerit je rasa, tapi istighfar. Ingat pesan mak, mulut jangan bunyi. Jangan menjerit-jerit.

Dekat pukul 10 malam, aku memang tak tahan dah, ada doc datang, aku bagitau saya rasa nak berak sangat-sangattttt, nak teran sangat-sangattt....saya teran sekarang doc ye.. doc tengok jam, baru 2 jam aku masuk ubat, pastu ubat tak habis pun lagi, biar betul dia kata. Doc tanya awak serius ke nak teran ni, jap saya check. Dia buang air kencing aku dulu, pastu check VE, terkejut dia kepala dah nampak. Terus datang nurse-nurse siap sedia. Aku bagitau nak panggil suami. Chu pun gi panggil.

10.05 last aku tengok jam masa suami dah ada sebelah aku, suara-suara suami, docs and nurses bagi support sikit lagi sikit lagi, tiba-tiba nafas aku putus tengah meneran. Hidung aku tersumbat.  Kepala baby masuk balik. Frust sangat masa tu, suami aku siap tanya nak buang hingus dulu ke, hahaha..Kelakar bila ingat balik. Nurse bagitahu aku nak gunting (episiotomy) sikit,  takpe la, gunting la, janji baby selamat. Rasa gak masa gunting tu. Pastu tepat pukul 10.25 malam, sekali teran terus keluar kepala. Dengar baby nangis. Teran slow je skali lagi, keluar whole body. Nurse angkat, suruh aku selawat nak kerat tali pusat, tanya aku baby lelaki ke perempuan. Letak atas dada, rasa macam tak percaya. Nak nangis, tapi air mata tak keluar. Baby buka mata, senyum. Tak nangis. Nurse tepuk tapak kaki dia, baru sambung nangis,hihi. Suami pun azan & iqamat kan Rafeeqa kat atas dada tu  jugak. 

19/11/2014. 10.25pm. Girl. 2.55 kg. 51cm.
Masa aku tengah sakit-sakit contraction tu, aku ada terfikir, boleh ke aku nak mengandung and bersalin lagi pasni. Lepas bersalin, terus nekad dalam hati, ya, aku nak pregnant lagi, nak bersalin lagi. I can endure the pain untuk kenikmatan selepas sakit tu.
 
Malam tu Rafeeqa duk NICU, sebab dia kan premature. So, malam tu aku tidur dengan lenanya selepas keletihan. Kul 5 pagi nurse kejutkan suruh try bangun berdiri, aku bangun gi tandas, buang air, semua ok, alhamdulillah. Petang tu boleh balik, baby pun boleh balik. Alhamdulillah. Gitu la pengalaman kali pertama ni. Ada orang tanya, sakit tak induce, sebab ramai kata induce sakit dari bersalin biasa. Mana la aku tahu kan, sebab ni first time aku bersalin, pastu terus kena induce, so tak tahu macam mana bersalin biasa. Tapi apa yang aku boleh cakap, aku boleh lawan sakit tu, and aku mampu hadapi sakit tu. Kita pun sedia maklum kan Allah uji kita ikut kemampuan kita. Segala-galanya kita serahkan pada Allah. InshaaAllah dipermudahkan.

Nikmat Allah yang mana lagi yang aku nak dustakan. Alhamdulillah,
 

Sekian, Assalamualaikum. :) 

Thursday, 19 March 2015

Entry Basi : PENGALAMAN MELAHIRKAN RAFEEQA

Oleh kerana keboringan sudah sampai di tahap yang tak dapat dibendung lagi, maka aku rasa nak menjenguk blog aku yang sendu ni tadi. Hiks. >.<

So meh nak cerita sikit pengalaman melahirkan anak sulung (ada rancangan nak ada kedua, ketiga, keempat kalau ada rezeki inshaaAllah ye, hahaha) pada 19 November 2014 aritu. Kejap je aku rasa, dah 4 bulan berlalu.

Due aku sepatutnya 13 Disember 2014 ye, so aku terawal 3minggu 1 hari dari due, or senang cerita aku beranak masa kandungan aku 36 minggu 6 hari.

Nak dijadikan cerita, sedang elok je masuk 18.11.2014 iaitu kul 12 malam, aku rasa nak buang air. So, pergila tandas, masa dalam proses tu tiba-tiba perut aku bunyi POP, pastu ada air keluar laju gila dan banyakkk gila ikut bawah, terus aku bangun, takuttt... Buka pintu tandas, jerit panggil mak, "Mokkkk, air tubang ke ni????" 

Pastu dengar suara ayah aku "pecoh doh???"

Terus mak aku suruh pergi hospital. Telefon husband siap-siap, dia ingat dia kena prank, tak percaya, haha.... Adik aku bawak pergi hospital & mak aku ikut sekali, aku memang tak rasa sakit langsung, turun kereta pun selamba jalan dari parking ke wad bersalin, air ketuban still lagi keluar, dah 2 helai kain batik basah, tapi still clear.

masuk je wad, terus nurse check jalan (VE), gune jari ya, tak guna speculum. Takda jalan langsung! dan masa VE tu memang aku tak rasa sakit. Berdebar gak mula-mula bila orang kata sakit check jalan ni, tapi Alhamdulillah aku tak rasa.

Nurse tanya aku dah berapa minggu, dengan yakin aku jawab 37 minggu, bundar terus dari 36 minggu 4 hari. Nurse check buku then bagitahu aku, awak ni tak sampai lagi 37 minggu, macammana awak boleh bagitahu awak 37 minggu? Kandungan awak ni tak matang lagi, baru 36 minggu 4 hari, jalan tak buka lagi, so kena refer hospital besar. Aku macam oh-ye-ke, 3 hari lagi nak sampai 37 minggu pun dikira eh? Redha jela dicatat sebagai Preterm Premature Rupture of Membrane (PPROM) case. Boleh KLIK sini untuk tahu lebih details apa itu PPROM. 
 
Jadi malam tu tidurlah aku kat wad tu sorang-sorang, kebetulan tak ada sorang pun patient warded. Husband yang sampai dari Dungun pukul 1 pagi temankan dari luar ward je, intai-intai. Dia lagi nervous dari aku, hihihi.

Subuh tu, aku dah rasa macam sakit pinggang sikit, tapi tak kuat la, aku gi bilik air, tengok ada darah keluar. Solat, (pecah air ketuban tetap kena solat ya, ramai tanya pasal ni) then bagitau nurse, dia cakap tu tanda nak bersalin. Terus bagitau aku kena transfer ke hospital besar sebab kandungan premature dan sebab aku pecah air ketuban dah 7 jam dan jalan still tak terbuka.

Naik la ambulans kul8 pagi, pengalaman betul naik ambulans, dari duduk aku baring terus, pegang kemas handle kat katil, punyala laju, huyung hayang, dengan hujan lebatnya lagi oiii, sabor jela..hahaha..

Sampai tu naik tingkat 1, tunggu doc checking dulu, lama jgak tunggu sebab ramai jugak ibu-ibu kat dalam tu. Sampai turn aku, doc lelaki yang in charge, tanya itu ini then nak check jalan, aku bagitau saya kalau boleh nak female MO. Doc tu pun gi kat sorang doc perempuan bagitau aku request female MO, alhamdulillah dapat. Check jalan baru 1cm, tu pun katanya susah nak dapat 1 cm, paham tak macam mana tu? Means tak 1cm sangat la,hampir saja. Dengar la doctors bincang yang aku akan di caeser, sebab takut anak makan tahi, lemas etc.....

Seriously........aku CUAK.

to be continued...