Mengambil berat tentang seseorang, sesuatu perkara memang bagus. Itu menunjukkan kita seorang yang caring, baik hati, dan of course boleh jadi pendengar terbaik a.k.a kaunselor tak bertauliah. Setiap orang ada masalah. Mungkin masalah keluarga, masalah duit, masalah dengan boyfriend, masalah dengan posmen, masalah dengan Courts Mammoth, masalah dengan ayam itik or bermacam-macam lagi masalah yang boleh menjadikan hidup seseorang itu bermasalah.
Bila si A ada masalah then diluahkan kepada si B ( mungkin kerana dia percaya atau tak tahan lagi nak pendam ), maka si B yang menjadi tempat luahan perasaan tu memainkan peranan yang penting, mungkin menenangkan fikiran si A, mungkin juga memberi idea untuk menyelesaikan masalah si A atau memarahi si A kerana memeningkan kepala si B dengan masalah si A. (oppss!!!)
Dalam kes couple pulak, si BF and GF akan saling tanya-menanya, dah makan belum, dah ngantuk belum, ada duit ke tidak, dah mandi ke belum, dah baik demam ke belum, dah berak ke belum. Tu jugak contoh ambil berat.
Macam mana pulak dengan situasi ni :
Si A baru balik makan dari kedai dan balik semula ke pejabat. Di tempat parkir kereta, si A nampak si B sedang bercakap telefon a.k.a bergayut sambil tersenyum bahagia, bergelak ketawa, tersengih kambing.
Si A pun masuk ke dalam office and ternampak si C bercakap telefon a.k.a bergayut sambil tersenyum bahagia, bergelak ketawa, tersengih kambing.
Si A pun berjumpa si D dan berkata dengan nada 'mengambil berat' :
"si D, aku nampak si B dan si C bergayut telefon. Sorang kat luar, sorang kat dalam. Aku rasa tak sedap hati la, mesti ada affair dorang berdua ni. Aku bukan apa, aku ambil berat ni, bimbang dorang frust satu hari nanti kalau jadi apa-apa pastu nanti datang jumpa aku nangis-nangis..Aku bukan apa, ambil berat jeee.."
Si D mengangguk-anggukkan kepala dan menyampaikan kepada si E ----> si F ----> si G bla bla bla.
Wow, kagum betul aku dengan sikap mengambil berat masyarakat kita. :)
Anda bagaimana pula? Kagum lettewww....Hiks.
**al fitnatul ashaddu minal qatl..
**al fitnatul ashaddu minal qatl..
1 comments:
Siapa kata courts tidak amik tindakan. saya pernah kena masuk di mahkamah jalan duta pada 13/11/2014 di dakwa di bawah kes kehutangan sivil. walaupun hutang saya dalam rm 3k je. tetap kena bayar dlm extra 7k sbb tanggung kos guam and mahkamah mcm palat. saya ingat kan benda ni boleh di elakkan. but see ? courts mammoth ni dia amik tindakan cuma xsemua customer dia amik tindakan. and sbelum saya masuk mahkamah pun kena freeze akaun kot. sbb kita hutang dgn pihak syarikat bukan bank. mmg sial punya courts mammoth. kalau korang tak percaya korang tunggu jela. confirm 1 day korang kena. nak lawan mahkamah diarang ada bukti kita sign agreement. apa saya nak ckp is kita dah terperangkap dengan diarang ni. nak taknak terpaksa la bayar hutang ni. ini kisah benar guys.
Post a Comment