Sekarang ni macam-macam jenis brand tudung ada kat pasaran. Ariani, Humaira, Z&Z, C&C etc. Material lak pilih je, lycra, t-shirt, cotton dan macam-macam lagi la. Tak masuk bab awning dia lagi, mesti nak cari Thai Silk kalau boleh, baru nampak cantik. Tak masuk syria lagi. Pastu sekarang ni macam-macam corak ada, bunga ada, abstrak ada, pastu ada yang tambah bling-bling. Ah, macam-macam jenis la senang cakap.
Dulu....aku memang tak suka la tudung ekspress ni, rasa macam pelik je muka aku kalau sarung. Orang beli depan mata aku pun, aku buat dek je, setianya aku dengan tudung bawal sebab aku rasa aku cun sangat bila bertudung bawal. Sila muntah. Haha. Tapi, tu dulu laa...sekarang bila dah start kerja, dalam tempoh 4 bulan ni, dah berpuluh tudung ekspress ni aku beli. Sebabnyaaaa senang nak pakai, tak payah nak iron, tak bimbang tudung senget melainkan bila aku sengetkan kepala aku memangla tudung tu akan senget.
One more, tiap-tiap malam aku akan serabutkan kepala otak adik-adik aku bertanyakan pasal baju kurung apa yang nak pakai ke office esoknya. Haha. Bukan salah aku pun aku tanya, kan senang kalau kerja ada uniform, tak payah nak fikir nak pakai baju apa, tak payah nak rasa boring pakai baju yang sama then kena ikut giliran oh-baju-ni-dah-pakai-minggu-lepas-so-takleh-pakai-lagi-untuk-bulan-ni.
Disebabkan masalah di atas, saya [kata ganti nama untuk AKU supaya kedengaran cun] terpaksa la memperbanyakkan baju kurung saya. Dalam sebulan, 3-4pasang saya beli kain and mintak mak jahitkan. Kadang-kadang mak malas, terpaksa upah kat tukang jahit, ugut-ugut tukang jahit nak pakai cepat nak buat gi kenduri kawen minggu depan la, apa la. Hahaha. Kejam sungguh.
Rumit sungguh hidup ni bila fikir pasal baju kurung dan tudung. Tak pasal-pasal tadi pergi ambil tudung yang saya tempah dengan kawan saya minggu lepas, dah siap.
0 comments:
Post a Comment