Tuesday, 27 December 2011

Kenegerian

Lama dah ni aku nak cakap pasal ni. Tarik nafas dulu panjang-panjang ok.

Apa maksud aku tentang bersikap kenegerian ni sebenarnya?

ok, the point here is, kadang-kadang kita tak sedar yang kita telah bersikap kenegerian. Contoh :

"Eh, pakwe kau orang negeri XXX ke? ee, mak aku cakap orang lelaki negeri XXX  ni suka kongkong bini, suka pegang duit bini, bla bla bla..."

"Ayah takkan benarkan kau kahwin dengan orang negeri YYY tu, pantang betul ayah, tak ingat ke apa yang jadi kat makcik/kakak/atuk/nenek kau dulu tu?? apa yang orang negeri tu dah buat kat dia? dah lupa?"

"Aku nak cari orang negeri ZZZ la, dengar cite dorang ni romatikkkk...auww..."

"Aku dah cakap dah dulu, kau degil..memang orang pompuan negeri XYZ tu perangai *^*%*^% macam tuuuuu...menyesal sekarang dah tak guna lagi dahhh..."

Nampak tak apa yang aku cuba sampaikan? mesti korang biasa dengar kan? kan? kan? kalau tak biasa pon, sila buat-buat biasa, ambik ati aku ni sikit.. haha.

Jadi, apa kata kalau kita ubah sikit pemikiran kita ni. Kita belajar cakap yang baik-baik je. Jangan kerana nila setitik rosak susu sebelanga. Setiap negeri ada yang baik, ada yang buruk. Tu la dia warna-warni kehidupan. Tak semestinya kerana si A tu buat naya kat orang, si B will do the same. Kita pakat buka minda, buka hati. Jom cakap yang baik-baik ye kawan-kawan. Contoh :

"Awek-awek negeri Terengganu memang cun-cun belaka.."

Motif? hahaha...lariiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii..........

2 comments:

MOHD ADHA MOHD ZAIN (ADHA ZAIN) said...

abg suka post ni... hehe. Betul tu, kebahagiaan perkahwinan bukan terletak kepada negeri. :)

Unknown said...

abg adha : betul tu...yah pun pk gtu.. :)