Aku sampai Penang dalam kul6 pagi, 30hb Disember 2011. Keadaan masa sampai tu macam entry kat bawah sana la, berserabai si Ecah tu, baru bangun tidur, huhu. Adik aku datang pick up ngan boyfriend dia kat Terminal Sg. Nibong, gi breakfast then terus balik hostel USM. Sampai terus solat and tanpa melengahkan masa terus menikmati-kelembutan-tilam-Spring-Vono-15 inci-dalam-mimpi. Hiks.
Plan asal nak ke Bukit Bendera jam 10 pagi, tapi disebabkan oleh masalah jetlag (haha), plan ditunda ke jam 3 petang. Sempat lagi menggediks sementara tunggu boys datang.
So, apa lagi kan, jom naik train la. Tiket RM8 untuk MyKad holder (adult), 3-12 tahun lak RM4. Student fee pun ada, tapi bebudak 4 orang ni tak menggunakan student card dorang dengan sebaiknya, too bad. Haha.
Sampai je sana, hujan rintik-rintik laut bergelora mak bagi sposen ayah bagi sposen pun turun, dah boleh bayang dah atas bukit nun mesti lebat punya la hujan.
Oh ya, ini dia 4 orang tourist guides-tak-berbayar aku kat Penang ni. Ame, Yaya, Jami and adik aku, Ilah. Eh, layan je la pics ni eh, malas nak letak caption. Apa yang pasti, happy la time ni, walaupun hujan lebat mula-mula sampai tu, we all tunggu gak sampai hujan berhenti.
Beli souvenir sket untuk orang kampung. :P
Time ni agak frust sebab dah tutup dah bird park ni. Intai je la dari luar. Saya ni birds lover tau (kunun).
Ok lah, nanti la sambung lagi eh untuk part-2. Nak balik masak dulu, my mom gi KL, so turn I jadi mak. Kejap aku, kejap saya, kejap I, ntah pape la ko minah! Bye.
0 comments:
Post a Comment